Review: NEDERLAND (2) vs DANMARK (0)

Pandangan lazim namun berseri bilik persalinan pasukan Nederland sebelum perlawanan bermula menentang Danmark di Stadium Soccer City, Johannesburg. Ada nampak jersi aku tu, yang hujung sebelah kanan gambar tu??

Van Bommel dan Heitinga serta rakan-rakan seperjuangan yang lain sedang keluar dari terowong menuju ke padang untuk sessi pemanas badan sebelum game start.

Player-player utama Nederland dan Danmark menunggu dan bersiap sedia masuk ke padang beberapa minit sebelum game bermula.

Kesebelasan utama pasukan kebangsaan Nederland untuk game pertama World Cup 2010 menentang Danmark. Kapten kita yang nombor 5 tu: Gio van Bronckhorst.

Simon Poulsen TER-header bola kebelakang, TER-kena Daniel Agger dan TER-masuk gol. SATU-KOSONG. TER-IMA KASIH.

KITA BEROLEH KEMENANGAN MUTLAK YANG PERTAMA!

Game World Cup yang aku tunggu-tunggu dah start semalam. Kita menang. Dua gol. Satu set up gol sendiri yang cukup cantik (yang pertama untuk edisi World Cup kali ini), dan satu lagi gol 5 minit sebelum game abis hasil ketajaman Kuyt setelah try pertama Elia terkena tiang. Bagus budak Elia ni. Dia masuk aje game terus hidup. Kemenangan ini memanjangkan rekod 19 game kepada 20 game berturut-turut tanpa kalah Nederland sejak tahun lepas. Maklumlah, team champion. Ini belum Robben betul-betul fit lagi, ye tak?

Dengan cuaca tengahari yang begitu terik, berpandukan kepada lelehan air peluh di muka-muka player dan entah apa lagi jenis air yang mengalir luar dan dalam, aku dah dapat agak mesti game agak mencabar dan terganggu sikit. Main time matahari rembang pukul 1 lebih kat Afrika, kau gila apa tak senak badan?! Tambah lagi dengan bunyi trompet apekejadah tu. Yang bingit tak tentu arah tu. Kedua-dua team ambik masa nak sesuaikan diri cari tempo. Mujur Nederland yang jumpa dulu. Masuk minit 20, baru nampak gagahnya team oren aku. Baru nampak attack. Time ni Denmark dah nampak resah. Gelisah. Gundah tak sudah. Van der Vaart yang ganti Robben nampak OK. Menjalankan tugas. Bagus. Ada jugak try dia bikin, cuma nasib tiada. First half habis kosong-kosong dengan Nederland bakal menjanjikan sesuatu masuk second half.

Tak sampai berapa minit pun second half start, dah gol. Gol sendiri budak shuffle Denmark mana entah. Poulsen ke apa nama dia. Sedap aje dia header bola tu ke belakang. Lepas tu sengih-sengih, comel la tu konon. Best kot dapat score masa World Cup. Gol sendiri yang pertama. Van Persie yang jadi mastermind gol tu. Tak pasal-pasal Agger pun kena masuk dalam scoresheet jugak. 1-0 untuk Nederland pada minit ke-46.

Lepas tu, Nederland attack terus. Attack., Attack dan Attack. Ada dua-tiga try tu kalau ada luck sikit mesti gol. Van der Vaart punya flick tu biarpun cantik kalau kena gaya boleh gol tu. Van Persie pun kalau dia laju sikit dan tak tergagak-agak depan goalie tu pun boleh tambah gol. Sneijder punya volley manja. Afellay punya chance depan gol. Itu kalau semua masuk tu, mau kena titik Denmark. Denmark, seriously dah mati kutu aku nampak. Mati langkah. Apa-apa hal pun, aku tetap bajet game ni 2-0 since semalam.

Sekali kali lagi diulang, aku nampak potensi pada budak Elia tu. Yang nombor 17 tu. Yang rambut macam Mr.T tu. Laju, ada style, main semangat. Teringat aku kat Edgar Davids. Aku harap scout Chelsea ada tengok ini game. Beli dan ikat ini player masa dia tengah nak naik. Semalam pun ada nampak kelibat Zidane, Platini dan legend Nederland Johann Cruyff sekali. Nampak sangat Nederland bukan calang-calang team setiap kali ada event bola besar-besar macam kat Afrika Selatan ni. Group E ni kita dah makan walaupun baru main satu game. Peluang sebenar bermula nanti bila masuk game second round. Itu pun rasa kacang jugak. Teringin jugak nak tapau Itali nanti kalau dia dok seri atau kalah aje. Ngeh heh heh. Sekarang, baru rasa panas sikit nak tengok bola.

Kelas. Inilah dia calon paling real untuk menang World Cup ini tahun.



Elelelehh. Manjanya dia tuuu...

Ulasan