Sabtu dan Ahad berlalu bagaikan Watson Nyambek.

Lambang kelajuan sejati pada eranya. Idola aku masa lari untuk sekolah walaupun selalu dapat nombor 1 dari belakang.

Macam biasa, hujung minggu adalah waktu yang lebih padat dari waktu bukan hujung minggu. Bukak aje mata pegi pomen bikin kereta, jumpa budak-budak komik kasik mantap projek, gerakkan skrip dan cerita untuk tahun depan, makan dan lepak dengan kutu-kutu seperjuangan, jumpa abang mat, tengok cerekarama dengan mak, layan Chelsea menang FA Cup sampai julang piala, main Winning Eleven sampai lebam, baca komik sampai tertido kejap, bangun balik terus basuh baju yang dah macam tinggi gunung kilimanjaro, sidai baju, curik-curik tengok Fafau kat Melodi, makan nasik, tengok Lin Dan tapau Taufik Hidayat, baca suratkhabar, pegi CC, basuh kereta, pegi rumah adik kat Damansara, baca buku, tulis buku, baca skrip, tulis skrip, tertido, mimpi makwe. Bangun balik. Setel.

Abis Sabtu dan Ahad aku macam tu aje.

Tahu-tahu esok dah Isnin. Aku perlukan Watson Nyambek dan konco-konconya saat ini.

Ulasan

Reyn Ai Otsuka berkata…
memang betol2 sibuk =)
faizalmukhtar berkata…
[yin]

dia macam sibuk. tapi tidaklah menghampiri sibuk.