Pentingnya kita mempunyai kepentingan.


Siapa kata surat tidak berguna dan tidak penting lagi pada zaman moden ini?

Aku sekarang tengah terkebil-kebil depan PC tak tau nak buat apa. Nak mula itu, yang lagi satu penting. Nak mula yang lagi satu, yang tadi juga masih sepenting yang sebelumnya. Nak mula yang sebelum tu, teringat yang ada ni pun sama penting dengan yang lagi satu sebelum yang lagi satu. Aku cuba letak semuanya atas meja dan buat pertimbangan. Mana yang penting, lebih penting dan melebih-lebih penting.

Satu-satu aku perhatikan. Itu. Itu. Itu. Dan yang itu. Itu pun sekali. Termasuk yang itu.

Semuanya sama penting.

Sama berkepentingan.

Sama berperanan penting dalam menjadikan yang penting itu semakin penting.

Jadi, di dalam detik yang genting-penting ini aku perlu dan wajar juga berfikiran seperti orang-orang penting. Tidak pilih bulu. Tidak pilih hulu. Akhirnya, aku tahu apa yang perlu diperlakukan. Aku harus bertindak lebih bijak malah lebih cerdik dari orang-orang yang penting itu tadi. Semangatnya aku resap. Jiwanya harus aku sentap kuat.

Tiba masanya aku buat keputusan.

Untuk tahu apa itu penting.

Ulasan