fenomena di sana. fenomena di sini.



Baru sebentar tadi aku berkesempatan untuk bersembang dengan Ikram, editor kanan PTS MILLENIA yang baru saja pulang dari Yogja bersempena rombongan lawatan kerja rasminya di Pesta Buku Islam sana. Dia membawa berita mengatakan orang-orang di Indonesia terutamanya kanak-kanak sedang dan masih tergila-gilakan sebuah animasi dari Malaysia, rentetan dari cerita-cerita dari mesyuarat dan ruangan bincang di Pesta Buku Antarabangsa KL tempoh hari. Ya (betul-betul-betul!). Animasi yang itu. Animasi yang menjadi ikut-ikutan. Yang menjana kelompok peminat yang begitu besar dia rantau ini. Malaysia dan Indonesia.

Kata Ikram, obsesi mereka terhadap animasi itu tetap sungguh meledak sekali sehingga mencapai tahap fenomena. Fenomena yang menjalar bukan sahaja dari pandangan sudut satu industri malah mencakupi industri-industri yang lainnya. Merchandising. Licensing. Orang Indonesia cukup terasa dan meresapi apa yang dilakukan oleh orang Malaysia sekiranya tepat dan kena pada gaya serta caranya. Obsesi dan rangsangan pada animasi itu kuat. Contoh kita yang berbalik pada mereka adalah kebanjiran aneka rona alunan bunyi-bunyian dan muzik-muzik dari Indonesia yang amat senang sekali merenangi samudera raya halwa telinga kita. Dan kadangkala juga; filem. Contoh terbaik filem box-office dari seberang yang boleh kita lihat adalah ADA APA DENGAN CINTA? dan AYAT-AYAT CINTA. Buat cerita kalau mahu jadi hit harus ada perkataan atau imbuhan CINTA pada judulnya, kata seorang rakan seperjuangan tidak berapa lama dahulu. Haha! Terbukti benar, aku sendiri tidak pernah menafikannya.

Fenomena seperti ini akan datang bagi kita sekali-sekala. Yang terakhir semasa aku kanak-kanak juga dahulu semasa Indonesia sedang tergila-gilakan muzik Search Isabella. Kesannya pada masa itu, biarpun aku masih di bangku sekolah rendah sangat terasa. Itu mungkin pengaruh terkuat sekali dalam hidup aku semasa kecil yang mengalir sehingga kini. Rock sudah jadi sebahagian daripada intipati peribadi aku, bukan sahaja rentaknya tetapi juga semangatnya. Semangat rock. Semangat sekental dan sekeras keluli batu. Kebal dan berpendirian. Berprinsipal. Teguh.

Jadi, beginilah. Aku kesan kiranya sesuatu idea atau produk kreatif itu kiranya dipadankan sedondon dengan pakej serta sasaran pasarannya terbukti akan dapat melahirkan suatu letusan fenomena yang hebat. Paling tidak pun dari sudut ekonomi dan perniagaan serantau. Indonesia, Singapura, Brunei malah Siam sekalipun. Kita ini sebenarnya serasa. Cuma apa yang kita zahirkan sebagai sesuatu idea dan ilham produk keratif itu lazimnya tidak datang selalu dan bertuahlah untuk sesiapa yang dianugerahi kurnia yang sedemikian rupa. Dan kiranya terkena pada kita sebagai warga negara tanah yang budiman ini, memanglah amat mengujakan. Seperti mana animasi itu tadi, sepertimana Search Isabella itu tadi.

Aku juga (insyaAllah) dijangkakan bakal ke seberang tidak lama lagi. Bukan untuk mencari jodoh atau memencilkan diri bertapa di pulau-pulau pencil atau beruzlah di dasar gua gelap gelita. Aku punya niat. Tergerak malah terjemput untuk mencari jawapan-jawapan untuk persoalan yang berlegar di benak kasmaran. Sudah fitrah aku barangkali, mencari dan terus mencari, meneroka dan terus kembara sehingga terjumpa ruang itu.

Ruang untuk malar 'keaslian' yang ada untuk mereka-mereka yang gigih dan gagah mencari.

Ulasan

Reyn Ai Otsuka berkata…
penah simpan angan2 nak blaja kesusasteraan di mna2 universiti indonesia..hehehehe
faizalmukhtar berkata…
[yin]

jadi apa yang ditunggu lagi! ayuh!
sindiketFOTOGRAFi berkata…
salam abang mukhtar.hehe.

saya baru je habis baca kompilasi komik 'aku kau dan komik' terbitan PTS MILENNIA.

jujur cakap lah kan.saya paling suka komik 'Harimau Malaya:Inilah Barisan Kita'

patriotik yang tinggi.bahasa yang menyentap.lukisan yang bermutu.

arghh!!tak tahan lah satu komik saja.komik solo bila terbit!!??

haha!
faizalmukhtar berkata…
[sindiketFOTOGRAFI]

In the making. Tungguuu!!!