CHAMPION CHAMPION CHAMPION

Hari yang sungguh indah. Perasaan yang sangat meriah. Suasana yang cukup megah.
It feels good to be a
TRUE BLUE!


Satu musim yang cemerlang pada hari terakhir yang amat sempurna mentakhtai kejuaraan liga di Stamford Bridge.

Hat-trick Drogba, dua gol Anelka dan setiap satu gol daripada Lampard, Kalou, Cole melakar hari yang amat bersejarah menumbangkan kesemua saingan yang ada menjadi debu.

Manisnya mencipta kejayaan. Madunya merasai kecemerlangan.

Terima kasih kepada semua yang bekerja keras untuk mengecapi hari indah ini. Kita telah berjaya menepis segala cabaran dan dugaan, mendakap segala kemenangan yang ada buat milik bersama. Hari-hari kita yang jerih itu telah berbuah hasil.

Kita telah memenangi kejuaraan ini kerana kita bermain sebagai satu pasukan dan bekerja sebagai satu pasukan. Yang kuat. Yang kukuh. Yang kebal. Kita memang mahu merasainya sejak dari mula lagi dan akhirnya kita dapat apa yang kita mahukan.

Paling penting adalah kita teruskan rentak. Untuk menang, menang dan terus menang. Cari peluang dan ruang untuk mengekalkan kemenangan. Bermain bolasepak seperti sang juara sejati.



Itu sasaran kami. Itu matlamat kami. Dan untuk itu, inilah dia kunci dan rahasia kejayaan kami musim ini.


NEXT: FA CUP di Wembley!
.

Ulasan