Penangan terlampau berjimba di Pawagam: BAHAGIAN 1

Syot pembunuh (killer shot) untuk budak darjah 2, circa 1988.

Dengan bermulanya Kick-Ass, kemudian The Losers dan akan datang yang ditunggu-tunggu ramai (termasuk aku), IRON MAN 2 dalam tempoh beberapa hari lagi... maka masa untuk berjimba (bersuka-ria) di pawagam (PAnggung WAyang GAMbar: Ini terma legend perfileman Malaya yang cipta ni) sebagai acara mingguan untuk 3 bulan seterusnya kini sudah capai tahap ledak.

Ya. Summer season (musim panas) Hollywood kini sudah tiba lagi.

Aku, biarpun tidak (ataupun lebih tepat lagi: Belum kesempatan lagi) merasakan iklim empat musim seperti di Eropah atau beberapa kawasan di Amerika Syarikat nun (termasuk Melbourne, USA) sudah lama meresapi semangat ini. Walhal kalau ikut perundangan geografi, summer di sana bermula Jun. Lantaklah. Aku pun rasa mungkin ini semua sudah lama dirancang agen-agen marketing dan enjin promosi mereka untuk buat wang.

Bukan kerana aku ini ''movie buff' ataupun 'film geek' tegar tapi kerana filem popcorn Hollywood sudah menjadi bahana ruji (makanan asasi) dan wahana (bahasa sanskrit) research aku sejak dari dulu lagi. Filem jenis-jenis ini sengaja dislotkan di tengah-tengah tahun yang mana negara teraju hiburan itu cuti panjang. Cuti berlibur kanak-kanak sekolah. Cuti untuk berseronok-seronok dan berhibur-hibur bersama keluarga di Amerika Syarikat. Kita ini kadang-kadang terikut-ikut jua. 'Kita' dalam konteks ini bermaksud dunia perfileman dan hiburan moden milik mereka dan konco-konco mereka. Aku terjebak secara natural turut meladeninya (mempedulikannya) kerana aku mahu ke sana suatu hari nanti. Dengar khabar, mereka sudah sayang orang sini. Orang Timur. Orang Asia. Orang tanah Nusantara. Orang yang terlalu banyak keaslian idea, kemurnian berkarya dan kehebatan ilham, inspirasi dan bakat yang belum diteroka habis lagi.

Atas sebab itu, aku tidak pernah akan mungkin terlepas mana-mana filem summer Hollywood sejak dari zaman terbinanya cineplex-cineplex moden sejak tahun 1997 lagi. Aku masih ingat lagi pengalaman pertama aku menjejakkan kaki di TGV Sunway Pyramid, cineplex moden yang pertama sekali pernah aku jejaki sebelum ada bercendawan-cendawan lagi TGV, GSC mahupun Cineleisure yang tumbuh melata di bandaraya segenap Lembah Kelang ini. Tahun itu (tidak silap aku) TITANIC tengah meletup. Walhal TITANIC bukanlah diputar pada summer season tetapi penangannya macam summer season Hollywood. Aku tonton 7 kali cerita itu (2 kali aku bayar, 4 kali orang belanja dan paksa orang belanja, 1 kali tiket percuma entah sapa bagi aku tak ingat). Kerana sudah lama duduk berhempuk di Odeon, Rex, Coliseum dan Miniplex-miniplex kecik yang lainnya, aku rasa macam best (syok gila) semacam bila wujud cineplex moden yang sedemikian rupa. Bukan kerana aku ini tidak nostalgik. Aku cukup nostalgik. Sebab itu aku bercerita hal ini. Cuma cineplex moden memberikan pengalaman 2.0 yang lebih berahi dan mengujakan. Yang memaksa kita melupakan kuaci dan asap rokok di dalam panggung. Yang memberikan kita hawa dingin kelas dunia. Masih aku teringat, pengalaman masuk pawagam pertama kali aku adalah pada tahun 1988. Filem SUPERMAN IV: QUEST FOR PEACE (tengok dua kali) dan filem GREMLINS 2 secara back-to-back. Umur baru setahun jagung sudah licik ke panggung.

Ketika itu, ada satu panggung di kawasan perumahan aku. Namanya Pawagam P.Ramlee (sekarang sudah rebah dan roboh bertukar menjadi Asia Cafe di seksyen ss15 Subang Jaya. Sedih aku masa itu tidak terbendung). Di situlah kejadian bersejarah itu berlaku. Perasaannya tidak sama macam tonton video tape di rumah. Betul. Di rumah hari-hari hadap video tape kerana kedai sewa video tape pun hanya sepelaung sahaja dari rumah. MASTERS OF THE UNIVERSE, KICKBOXER, BLODDPSORT, BACK TO THE FUTURE, WILLOW, POLICE ACADEMY dan entah berapa bilion video tape sudah aku khatamkan dalam masa beberapa tahun sahaja sampailah datang era VCD (aku sebut VCD bukannya Laser Disc sebab Laser Disc macam ciptaan bangang sahaja. Pakcik aku kalau tahu ni, mesti dia Tong Po kepala aku punya sebab dia orang pertama kat kampung dia yang ada mesin Laser Disc. Cerita TERMINATOR 2. BEST NAK MAMPOS, OK?!) Akhirnya, kedai video tape itu pun turut sirna dan ghaib dari pandangan.

Berbalik pada cerita nak ke panggung tadi. Bila aku dengar khabar bahawa ada cerita Superman sudah main di pawagam, aku gagahkan diri ke pawagam. Satu jam setengah yang 'insane'. Satu setengah jam yang sawan. Satu setengah jam yang rawan-mengawan (Ini lu orang bukak la kamus, semak sendiri. SERIUS). Pengalaman yang cukup magis. Cukup 'out-of-this-world'. Mungkin inilah yang dimaksudkan 'Movie Magic' oleh sarjana-sarjana dan pendita-pendita kolonialis filem. Pulang saja dari panggung malam itu (YA, MALAM! Aku masih ingat lagi aku tonton wayang malam biarpun esok harus sekolah), aku terus hadap cermin di bilik. Ini 'wayyyy bacckkk' sebelum muncul idea Mark Millar untuk bikin filem Kick-Ass yang sedang diputarkan di panggung sekarang. Angan-angan aku meletup-letup. Imaginasi aku bagaikan gabungan gunung berapi Krakatoa dan Iceland yang meledak sekaligus. Aku cakap sorang-sorang depan cermin sambil bermonolog. Berdialog semula kata-kata sakti yang diucap Christopher Reeve sebentar tadi. Cermin mata khayalan perlahan-perlahan aku londehkah ke tepi dan baju sekolah aku yang sudah kusam itu, aku sengaja biarkan butangnya longgar separuh. Lagu soundtracknya bermain di kepala. Dada sengaja aku kembangkan ke depan.

"This is a job for... "

PRAAKK!!!

Esoknya aku ke sekolah dengan uniform berbutang rongak. Sedap juga ulasan ceramah ibu aku tadi. Tapi aku bangga, riak, takabur, eksyen bercerita pada kawan-kawan yang tidak sempat bersama aku malam semalam. Yang aku sudah berjaya di-Supermankan.


TO BE BERSAMBUNG


p/s: Trick Hollywood. Cerita mesti ada sekuel. Baru ngam.

Ulasan