Mari pecah masuk rumah NEIL GAIMAN!



Aku masih ingat lagi, di awal detik tertubuhnya blog yang cukup marhaein ini, kerana akibat terlalu obses dan taksub dengan Neil Gaiman, aku lantas tidak fikir panjang untuk menamakan laman blog ini bersempena dengan nama karakter yang cukup terkenal tulisan beliau: SANDMAN. Cerita tulisan beliau, lebih-lebih lagi SANDMAN sangat menggamit perhatian pembacaan dan pengaruh aku tatkala itu. Cukup memukau. Lantas, blog ini pun dinamakan sandmanreborn/2004

Oh. Satu pilihan nama yang amat poyo.

Mujurlah dulu aku masih muda dan mentah. Namun, setelah menjumpai apa yang dicari (dan ketemu sentuhan itu), aku lebih yakin untuk meletak nama sendiri.
.

Ulasan

Ainn Ngainon berkata…
Akhirnya wujud FAIZALMUKHTAR. Is it? Hehehe....
faizalmukhtar berkata…
[ainn]

yahh... dia macam self-fulfillment gitulah. Betul tak?