Clash of the Jidin

Dalam versi asalnya, wajah Kraken kelihatan seperti Jidin

Entah berapa banyak kali entah, orang warning-warning aku jangan tengok cerita Clash of the Titans. Rata-rata yang beri warning itu sekitar makwe-makwe arus perdana. Katanya tidak best. Makwe-makwe yang jenis tengok wayang jenis ceritanya tengah hype, ceritanya keluar iklan di TV dan ceritanya ada pelakon top. Katanya ceritanya bodohlah, macam cerita kartunlah, mengarutlah, merepeklah, apalah. Ah! Aku peduli apa. Aku mahu tontoni juga. Bukan kena kurap pun kalau ceritanya tidak best. Paling 'koman' pun, kalau tidak best pasti akan aku tidur dalam wayang diselubungi kenikmatan hawa dingin yang syahdu bak salju biru di danau rindu.

Nak dijadikan cerita - aku, Bahar, Kangaq, Jimi pergilah menuju ke tempat tengok wayang itu sejurus selepas waktu tamat kerja beberapa hari lepas. Macam mana aku dapat tiket pada kerencaman dan kecelaruan hujung-hujung minggu, usahlah ditanya. Itu rahasia aku dengan gadis penjual tiket. Sesampainya di sana, wayang lagi satu jam baru mahu start, jadi kami hendak lepaklah dulu di Stesen Kluang. Mahu isi perut dengan nasi dahulu, mahu kena teh ais limau. Di sini tiada nasi campur 3 ringgit atau warung pokok asam cawangan ikano. Sekali-sekala melepakkan diri tempat yang ranggi-ranggi, apa jadi salah, bukan? Tukar angin.

Dalam perjalanan ke Stesen Kluang, kami telah bertembung dengan peminat-peminat Bahar, Kangaq dan Jimi. Aku mempelawa mereka makan nasi dan minum teh bersama-sama kami di Stesen Kluang. Sukanya mereka bukan kepalang.

Kami duduk semeja dan berbual-bual dan bergelak-gelak dengan jenaka taraf sederhana kecil. Itulah kali pertama aku melihat Baha makan nasi tidak berpeluh dan Kangaq makan lebih laju daripada biasa. Jimi macam biasa. Hati dia keras.

Selesai wayang gambar pusing, cerita tersebut tidaklah jahat sangat (story is not that bad). Cuma Jimi macam biasa akan ghaib bila cerita dekat hendak sampai hujung-hujung, masa hendak klimaks.

Aku sudah bilang. Hati dia keras.

p/s : Popkuiz - Apakah hubungan Perseus dengan Hercules?
.

Ulasan

"I" the writer berkata…
Jawapan "letup" kuiz
Mereka panggil Zues PAPA!
faizalmukhtar berkata…
[jeremyjohari]

Jawapan kau mungkin betul, mungkin silap!
gayour berkata…
lebih2kan sangat holycowood. ni la jadinya!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

...aku nak cabar Hollywood bikin Attack of the Jidin!