Pesta Buku Antarabangsa KL 2010: MANTERAWORKS STUDIOS


Booth ANGKATAN MANTERAWORKS akan dibuka kepada umum sepanjang Pesta Buku Antarabangsa KL 2010. Ianya akan berada di arena booth B34 PWTC, Ruang Legar Laman Seni.

OK. Aku akan cakap perkara ini tiap-tiap hari sehingga tamatnya acara Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan bermula Jumaat ini yakni 19 Mac 2010 hingga tanggal 28 Mac 2010 kelak yakni pada Ahad hadapan.

Perkaranya adalah highlight yang akan kamu semua alami tatkala menghadirkan diri ke pesta itu kelak, yang mana aku sendiri akan menjadi dalangnya dari hari permulaan ke hari penghabisan.

Untuk permulaan, izinkanlah aku memberitahu tentang perkara yang pertama iaitu: Kemunculan sulung booth Angkatan Seni MANTERAWORKS STUDIOS.

Seperti yang ramai sedia maklum, MANTERAWORKS STUDIOS akan menampilkan produk dan bahantara seni nan independen bersempena PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010. Untuk makluman semua, berikut ini adalah produk-produk dan bahantara seni independen tersebut:


TANGH!: Kamal Masrun's Artbook VOL. 1
Dari ilustrator dan animator TANGLONG, buat julung kalinya secara eksklusif. Buku ini adalah berinspirasi dari koleksi portfolio dan artwork terbaik TANGH sepanjang perjalanan kariernya sebagai seorang seniman dan karyawan komik tanahair. Ada diantara paparan karya dan kerja seni komik yang terkandung di dalam artbook ini tidak pernah muncul dan BAHARU sahaja didedahkan kepada khalayak dunia buat PERTAMA KALINYA! Cetakan self-published edisi terhad ini, diterbitkan melalui proses yang cukup teliti, perinci dan amat kualiti sekali dengan penampilan 40 variasi ilustrasi serta artwork pilihan terbaik. Mempunyai lembaran 48 muka surat bersaiz A4, malah disertakan juga poster mega eksklusif hanya dari TANGLONG!


T-Shirt NAGASATRIA: Edisi Terhad KLIBF 2010
Satu-satunya tempat di mana anda dapat memiliki tawaran premium edisi terhad t-shirt yang menampilkan RANGGA dan NEMESIS dari komik hasil karya Niezam, NAGASATRIA. Ilustrasi hebat yang terdapat pada produk istimewa ini adalah daripada kualiti terpilih malah dicetak secara terhad. Dengan hanya keberadaan anda di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 ini sahajah, peluang untuk mendapatkan kesempatan membeli langsung memakainya akan muncul. Justeru, apa lagi yang hendak kalian termenungkan di ufuk fikiran? Dapatkan segera selagi stok masih terwujud di muka bumi ini.

Set DVD Koleksi Istimewa : BAIK PUNYA VIDEO! + Butang CARTOONRAMA Edisi Terhad
Lagi satu produk terbaru dari kartunis/seniman hiper-versatil Alif Firdaus Azis, BAIK PUNYA VIDEO! Sudah siap dicetak dan sedia dibeli oleh kamu, kamu dan kamu semua. Antara karya-karya video kegemarannya setakat ini terkandung dalam koleksi DVD BAIK PUNYA VIDEO! "Harap, penonton semua sukakan makhluk pelik ini." Itu kata Tuan Direktor Alif fasal produknya.

Ini termasuklah juga ;
  • Komik AKU, KAU & BOLASEPAK: SEPARUH MASA PERTAMA menampilkan HARIMAU MALAYA - INILAH BARISAN KITA! Hasil gabungan mindakarya ampuh Faizal Mukhtar dan Jimi NorAzri!
  • Komik istimewa dan eksklusif ALWAN COMICS dari Wanzu, pejuang dan pelopor komik-komik sarat moral dan penuh bermaruah!
  • Siri karikatur-karikatur dan lakaran komik dari Angkatan MANTERAWORKS dengan harga yang sangat waras lagi munsabah!
  • Seleksi komik-komik internasional dari koleksi KEDAIKOMIKONLINE.COM untuk pilihan anda yang mencintai judul-judul komik sperti MARVEL, DC COMICS, IMAGE, DARK HORSE dan banyak lagi!

Datang dan kunjungilah booth MANTERAWORKS STUDIOS bermula 19hb Mac ini di PWTC, Kuala Lumpur bersempena Pesta Buku Antarbangsa KL 2010. Kami pasti menghargai penampilan anda kelak dan kamu tentu akan berasa gembira bertemu kami nanti. Jumpa di sana!

Ulasan

Ainn Ngainon berkata…
Macam saya tau model t-shirt tu.... Errmmm....
faizalmukhtar berkata…
[ainn]

Ya, betul. Namanya Brad Pitt.