HARI KETIGA KLIBF 2010 : Sungguh meriah, Sungguh aktiviti dan Sungguh BIRU!


Mula-mula Wanzu interview aku. Lepas tu aku interview Wanzu. Lepas tu aku dengan Wanzu interview Wanzu dengan aku. Lepas tu aku nampak Puan Ainon jeling aku tajam tapi manis. Lepas tu aku rasa lapar nak makan nasik.

Yang tengah lukis tu, salah satu bakat baru Komik-M yang dapat kita kesan semasa di pesta buku. Tak silap aku dia tengah lukis muka dia sendiri versi makwe. Sumpah aku tak percaya!

Ni baru real. Adik-beradik pengkarya komik MISI 8A dan AVIASI FANTASI. Baru tingkatan PMR dah ada komik. Aku dulu kat sekolah hanya buat komik untuk jual kat pusat sumber saja secara illegal. Untungnya buat beli komik jugak.

Wanzu tengah cakap dengan Apai. Jangan tanya apa agenda rahasia mereka berdua. Baju Apai hari tu tak cantik langsung. Aku dah cakap kat dia, lain kali pakai baju ikut acara dan tema. Biru ya, Pai. BIRU. Baju merah tu kau boleh bikin orang-orang. Kelihatan juga tukang kamera bertugas membelek kamera seraya berkata: "Eh? Waktu makan nasik dah masuk belum?"

Ni pulak Aman dengan Irfan. Pun masih studi di Akademi Komik-M. Aku tukang jurulatih tari ala Cikgu Jasmin.
Three Four Seven Eight!

Geng TV9 turun buat coverage. Makwe yang dapat hadiah melukis tu namanya Irma Hasmie. Yang pakai topi hitam tu pula namanya Jefri Zain.

Sesi beramas-mesra dan tandatangan bersama penulis-penulis aku di PTS FORTUNA : BUKU UNTUK LELAKI-LELAKI BUDIMAN MALAYA (ULTIMATE MALAYAN GENTLEMAN). Aku baru tau yang rambut panjang tu Nouri. Ceh! Dah 18 ribu kali datang ofis pun aku boleh buat-buat taktau aje. Ternyata aku ni kaki fesbuk. Cepat leka bila di tag orang.

Gambar hiasan. Serius, hiasan semata. Cantik bukan?


WORLD EXCLUSIVE :

A D U K A . M I K A I L


GREETINGS FROM YOUR UNCLE. I WELCOME YOU TO PLANET EARTH!

.

Ulasan