HARI KESEPULUH KLIBF 2010 : Sempurnalah pesta buku ini tahun!

Inilah dia event yang aku dok prep dan tunggu since hari pertama pesta buku. Hang kenai sapa tu??!

Tu dia...!!! Dia sudah mariii! TUAN DIREKTOR MAMAT KHALID.

Abang Mat kalau borak, memang champion. Senang gerak kerja aku. Tau-tau event dah tamat. Aku happy. Abang Mat happy. Orang yang datang happy. Semua-semua pun happy!

Acara memperkenal team PTS FORTUNA, unit buku untuk lelaki budiman dan pembaca gunawan. Yang tengah cakap tu Zaki Zainol @ Kanganq (juga penulis novel fantasi TAKLUK JAGAT 1 dan TAKLUK JAGAT 2). Sebelah dia tu pula, Syafiq Zulakifli merangkap orang adi penting dalam unit ini. Ada sorang makwe jugak. Tapi dia takde dalam gambar. Aku syak dia makan karipap sembunyi-sembunyi.

Tuan Masdalifadzlie M. Saaid. Penulis 10 JUTA PULUS memperkenalkan karya humornya di bawah mentorship Ahmad Patria Dato' Abdullah!

SiNaganaga dan classic-nya yang berjudul STINGARDEN.

Tuan Direktor Mamat Khadlid menjawab soalan-soalan aku yang diajukan secara bertubi-tubi. Crowd makin havoc. Di dalam gambar ini kelihatan juga penulis KARIPAP-KARIPAP CINTA Vovin M. Annuar, GM PTS Encik Fauzul, orang kuat TV9 dan orang kuat PTS pada posisi duduk atas kerusi. Posisi mencangkung adalah cameraman GoGoPoji dan Iwan.

Iwan dalam posisi sengih sambil interframe. Budak yang duduk atas stage tu aku kurang pasti. Mungkin protege Iwan.

" Tidak semua orang boleh berlawak jenaka sebab nak buat orang gelak bukan senang. Nak buat orang nangis, makan hati, kecewa, frust, tumbuk bantal, terjun gaung, telan racun lebih senang dari nak suruh orang gelak berdekah-dekah sambil keluar air mata mendengar lawak kita ", lebih kurang macam tu lah kata Mamat Khalid yang aku extend kan sesuka hati aku semasa sedang di atas pentas.

FAUZUL: Kau dengan Syafiq esok aku naikkan gaji dalam RM18,000. Cukup ke tak?!!
AKU dengan SYAFIQ: CUUKUUUPPP, TUAANNN!!!! (dalam hati)

Iklan ni, semua stesyen TV kat seluruh Asia dah booking. Jangan lupa tengok. Ada makwe cun promo karipap, novel, handbag, tudung, pinggan polisterin, hantu silap mata... semua serentak sekaligus!

TANGAN AKU: Eleleleleee... Chomeeyyynyee dieee!!!
SYAFIQ: Ceh! Aku lagi comel. Tak bising pun.

Terlancar rasmilah event bersejarah ini hari oleh Chairman PTS Puan Ainon dan Tuan Direktor Mamat Khalid. Terima kasih Terima kasih Terima kasih! Ada karipap, makanlah lagi dan lagi dan lagi dan lagi...

Dari kiri: Aku, Masdalifadzlie M. Saaid, Vovin M. Annuar, Tuan Direktor Mamat Khalid, SiNaganaga, GM Fauzul pada hari terakhir Pesta Buku KL 2010 bersempena pelancaran Sayembara Novel Humor.

Ini pula showcase selepas itu. Vovin mempersembahkan band gitar unpluggednya yang amat gemersik mengalahkan gerai jiran sebelah. Keh keh keh.

Pengarah Kreatif Hisham Salmin turut bersenandung dengan beberapa irama petikan gitarnya yang sungguh menggamit dewan. Ada sorang-dua makwe pengsan tak silap aku, tapi bukan area pentas la. Area lain.

Ni pula, adalah reaksi Ketua Grafik PTS Zaidi Ismail. Dari riak wajahnya sahaja pantas membuktikan dia serius bila time dia serius.

Iwan, Nazrul, Poji, Sham. Ni kejap lagi kalau PTS bukak production ni, confirm ini adalah teraju barisan hadapannya!

Sumpah aku taknak ambik tau apa benda si jidin ni tengah buat! Orang bergambar angle depan, dia bergambar angle songsang pula.

Man Boi, selaku presiden tidak rasmi kelab peminat novel KARIPAP-KARIPAP CINTA cawangan Gombak sedang mempromosi apa jua buku asalkan ada istilah 'karipap' di dalamnya. Cargas sungguh!

Siri baca naskah komik sendiri dengan MC acara tersebut, Hantu Silap Mata Alif Firdaus!

Bakat baru terus dicungkil tidak kira masa dan ketika. Yang ini baru setel lukis Superman. Ambil hadiah pun ada gaya-gaya Superman. Tak caya... cuba tengok kaki dia macam terapung nak terbang tu!

Sid, Reja, Bophairy, Aviltone, Alifstyle. Semua-semua pun lukis komik, semua-semua pun perangai macam komik! Pendek kata komik komik dan komik!

USTAD ROY: Komik-M ni kalau hang nak tauuu... Baguih! Betol-beetol baguihh! Baguih sangaatt! Baguih dok ada!
ANAK-ANAK USTAD ROY: Betoiiii, paakkk!!!

Antara aku dengan Bahar, anak Ustad Roy lebih suka lukis muka Ultra Qalif. Itu pilihan dia. Aku tak pengaruh pun pilihan dia. Aku saspek Bophairy!

Aku heran, aku ni MC acara ke atau barisan panel. Kejap aku kena interview, kejap tu pulak aku yang interview orang. Keliru tau... Kelirruuu!!!

Wah Wah Wah! Gambar yang sungguh menggamit suasana! Sheila tu tido ke apa tu??

Lydia Ibtisam dan Irma Hasmie main cak-celum-cak dengan Upin Ipin. Tam macam nak main jugak tu nampaknya.

Profesor Abdullah sedang diwawancara oleh TV9. Hussaini dengan tidak sengaja keluar TV juga kat belakang tu.

Student iTM yang pernah aku brainwash suatu masa dahulu juga sudi kempunan sebab novel yang aku dok gebangkan turut habis laris dijual!(?)

Ini gambar aku ambik sendiri tau guna kamera orang. Orang tu ialah orang yang tengah tunjuk tanda 'pis' tu...tuuu... tuuu!

Yeaahaa!!! Minit-minit terakhir sebelum acara penutup tirai Pesta Buku Antarabangsa KL 2010. Semua dah tak boleh berdiri tegak dah. Badan dah krem. Tulang dah bengkok. Mata dah pinau. Tapi itu semua kami abaikan. Kami ketepikan. Keranaaa apaaa??!! Keraanaaaa....

KITA ENJOYYYYY!!!! HHHOOOREEYYYY!!! HOHOHOHOHOOREEYYY!!! YARIIIBBBAAA!!!!

Ulasan

Reyn Ai Otsuka berkata…
sudi kempunan yer??ahahahah
faizalmukhtar berkata…
[reyn]

Yaaaa!!! Hahahah. Padan muka lu. Sapa suruh lambat.
Reyn Ai Otsuka berkata…
tp ada org tu janji nk bg free..
tataw lah klau itu pon dia sekadar gebang sje..
lalalalala~~
faizalmukhtar berkata…
[reyn]

Ah! Kau ni, sudah mahu beri free... diam-diam sajalah. Yang gebang kat sini pula, sapa suruh??! Nanti pengsan pula aku nak bagi kalau semua dapat tau aku bagi komplimentari pada kau!

KENSEL BAGI FREE! HAHAHAH!!! PADAN MUKA LU LAGI!! HAHAHAHHA!!!
Reyn Ai Otsuka berkata…
nama tidak dinyatakan pon..hurm..
baeklah~~~ T_T