HARI KEEMPAT KLIBF 2010: Singgah sebentar di booth indie MANTERAWORKS

Ni lah rupa booth MANTERAWORKS kat pesta buku. Gambar ni masa mula-mula time baru bukak setiap pagi. Takde orang. Cuma ada makhluk halus dengan semut dinding aje yang datang berkunjung.

Booth master MANTERAWORKS, Tuan Tanglong berbincang dengan aku cara-cara nak tarik orang datang kat kedai. "Kita guna tali bagaimana, Faizal??!", kata Tanglong dalam hati. Aku pula mencarut dalam hati tanda tak setuju.

Orang ramai yang tak putus-putus datang memeriahkan booth. Aku saspek tangan Tanglong ni bionik. Bila masa entah dia berenti makan nasik.

Tanglong dan makwe-makwe yang bikin sketch caricature dengan dia. Aku tak cemburu langsung. Sumpah!

Ni tanda harga produk Tanglong. Gila *&^% berpatutan sangat! Ini rahasia orang tak fikir panjang datang nak mintak dia lukis.

Antara yang hadir: Nanzotaro dan famili serta Kimin dan famili. Terima kasih kueh apong!

Dari kiri: Zool, Tanglong, Jimi dan Zedd. Diorang senyum sebab aku bayar sorang 14juta untuk senyum sahaja.

Adi dengan makwe nombor berapa entah.

Gambar kenang-kenangan. Sorang macam Wonderpet kena steroid, sorang macam siluman kera, sorang macam jibun.

Lagi kroni memberi sokongan. Aku cekak pinggang tanda konon-konon macho.

Jonos menceritakan perjuangannya dalam perjuangan. Aku juga pejuang macam dia jugak. Pejuang-pejuang cinta.

NANZO: Aku ingat untung hari ni, kita wajib karaok la.. amacam?
AKU: ON!
ZOOL: Tapi aku tak reti nyanyi... menari tau la.
TANGH: DIAAAMMMMMM!!!

Ulasan

gayour berkata…
gua menuntut hak!
mana complimentary art book tangh! untuk gua?
faizalmukhtar berkata…
[GAYOUR]

Datang Anugerah PeKOMIK 2010. Aku bagi satu berserta hadiah misteri daripadaku.