Fadhilat-fadhilat dan Aulawiyat aku terhadap Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang akan datang.

Pesta Buku tahun 2010 ini bakal ada banyak perkara bersejarah, menarik, mengujakan, best, indah, mengejutkan, mendebarkan, magis, super, incredible, amazing, astonishing, uncanny, ultra, ultimate dan macam-macam lagi istilah yang sama mazhab dengannya. Siapa-siapa yang ada kesempatan untuk menghadirkan diri ke acara tahunan yang gilang-gemilang itu, silalah berbuat demikian. InsyaAllah, aku akan berada di sana sepanjang berlangsungnya Pesta Buku kecuali waktu tidur dan waktu bangun tidur kerana aku berkemungkinan besar tidak akan tidur berdengkuran sesuka hati aku di sana. Tapi tidak tahulah sekiranya dengan secara tiba-tiba aku terpaksa tidur di sana atas sebab-sebab tertentu seperti... entahlah. Aku sendiri pun tidak boleh cakap sekarang sebab aku pun tidak tahu lagi kitaran tidur dan dengkur aku semasa Pesta Buku.

" Kenapa pula aku kena pergi Pesta Buku tahun 2010 ini? "

Ya. Itu mungkin satu bentuk soalan yang terbibit dari suara hati suci sesetengah pembaca blog yang jujur ini. Mari kawan-kawan. Izinkanlah akan daku hendak mencuba mem-breakdown-kannya kepada 10 sebab yang serbaguna dan serba komprehensif untuk panduan bersama:

1. Ada booth PTS FORTUNA yang bakal menyajikan acara-acara berkaliber tinggi bersama pengunjung yang hebat seperti HARI BERTEMU PELANGGAN PTS FORTUNA, PELANCARAN SAYEMBARA BUKU HUMOR PTS FORTUNA dan sessi sneak preview buku-buku baharu PTS FORTUNA.

2. Ada booth gerakan inisiatif MANTERAWORKS STUDIOS yang bakal melancarkan produk-produk sulungnya seperti MANTERAWORKS/TSHIRT STUDIOS ARTIST SERIES: NIEZAM'S NAGASATRIA, TANGH! KAMAL MASRUN'S ARTBOOK VOLUME 1, merchandise dan souvenir dari MANTERAWORKS, komik AKU, KAU DAN BOLA: SEPARUH MASA PERTAMA #1, siri karikatur dan sketch bersama penampilan istimewa komik artis MANTERAWORKS.

3. Dilabel Pesta buku paling besar dan paling gagah dalam sejarah PESTA BUKU ANTARABANGSA KL.

4. Kembalinya aku ke Pesta Buku selepas menghilangkan diri pada tahun 2009 yang lalu.

5. ANUGERAH PEKOMIK 2010.

6. Kita boleh jumpa kawan-kawan(baru dan lama) yang punya minat dan cinta yang sama, yakni: BUKU.

7. Ada banyak buku(sudah tentu!) yang kita jarang jumpa, tidak pernah jumpa, tidak pernah terfikir hendak jumpa selain ini.

8. Ada banyak tawaran dan barang-barang eksklusif yang akan dijual dengan harga menarik malah ada pula yang diberikan secara percuma(sekirannya anda bertuah!).

9. Dapat pengalaman berguna dan bermanfaat penuh syafaat... dan selalunya datang dari sumber-sumber dan sudut-sudut yang tidak dapat diduga.

10. Ada benda best yang aku rasa aku tak payah la nak cerita kat sini. Datang la kalau kalau nak tau dan kalau berani!!

HAAaaaaa! Itu baru 10 sebab dari 14 biliun sebab yang aku hitungi. Justeru itu, janganlah lepaskan peluang ke Pesta Buku nanti. Jangan cakap aku tidak beri amaran pula!

Ulasan

Niezam berkata…
'sulungnya seperti MANTERAWORKS/TSHIRT STUDIOS ARTIST SERIES: NIEZAMUDIN'S NAGASATRIA,'

-pembetulan... Niezam bukan Niezamudin. Apa pun tetap jealous dengan sesapa yang membeli t'shirt nagasatria tu... sebab designer pun blum dapat merasa pakai lagi. He he he.
faizalmukhtar berkata…
[niezam]

Ah! Tidak perlu jealous dahulu kerana tidak ada seorang pun di muka bumi ini pernah menyarungnya lagi secara public.

Tapi itu mungkin juga anda, anda dan andaaa...!!! (skrip promosi iklan TV)