HARI PERTAMA KLIBF 2010 : Buku berpesta, aku menggila!

Ditarbiah sebelum ber'pesta' semalam.

Nak tak nak terpaksa juga mengakui bahawasanya hari ini adalah merupakan satu hari yang panjang malah memenat-letihkan pula. Namun, penat-letih aku selalunya penat-letih yang seronok dan berbaloi. Seronok dalam ertikata hari yang aku tunggu-tunggu dalam kalendar hari-hari penting setiap tahun sudah tiba dan sangat-sangat berbaloi-baloi kerana dengan secara resmi dan rasminya: Hari ini adalah hari bermulanya Pesta Buku Antarabangsa KL!

Biarpun malam sebelumnya aku berada dalam keadaan siap siaga kerana berada di hospital sehingga dinihari gara-gara kes kecemasan seorang ahli keluarga(bapak aku) yang mengejut, namun sesungguhnya Tuhan itu kan Maha Adil. Mujur ianya tidak serius. Hanya serius biasa. Balik sesudah Subuh dan sempat melelapkan mata hanya beberapa jam kerana tidak mahu terlepas hari pertama pesta buku.

Aku sampai tepat waktu solat Jumaat mahu bermula, tepat masa mendengar dua khutbah. Seperti lazimnya solat Jumaat berdekatan PWTC yang paling ampuh adalah di sebuah sekolah antarabangsa kedutaan Indonesia, bersebelahan dengan stesen komuter itu. Panas sungguh hari hingga tapak kaki aku terasa pedih membara rasa dibakar-bakar.

Sesudah solat, menggerakkan diri terus ke ruangan pekedai dan pedagang buku. Perhentian pertama aku sudah tentulah di booth tajaan pertama aku di pesta buku iaitu booth Laman Seni, MANTERAWORKS. Kedatangan artis untuk hari sulung ini adalah Tanglong dan Alif. Esok akan bertambah menjadi empat orang dengan kehadiran Zool. Aku menjangkakan lebih padat dan gempita lagi jumlah kehadiran pengunjung yang akan 'menyerang' booth kami ini.

Maskot tak rasmi booth: Hantu Silap Mata Alif!

Orang yang suka membaca adalah orang yang membaca bukan suka-suka.

Tu diaaa...!! Baru hari pertama, ya saudara.

Aku yakin hanya wujud crowd sebegini di pesta buku sahaja. Crowd pesta lain tak se-cool crowd pesta buku.

Sesudah itu, terus ke booth utama PTS. Wahlauweh! Memang ternyata tidak silap lagi pesta buku tahun ini antara yang terbaik dan terbesar dalam sejarah. Orangnya ramai, pengunjungnya tidak putus-putus memetik buku untuk dibeli, suasananya meriah, penjual dan pembeli sibuk dengan niat masing-masing dan aku sendiri... YA! Aku sendiri sibuk menyibukkan diri. Tidak sia-sia aku dimarahi manja oleh Asma Fadila Habib selaku MOD(Manager On Duty) gara-gara terlalu sibuk menyibukkan diri. Haha! Peduli apa aku! Aku suka! Aku enjoy. Aku sudah lama menanam hajat untuk hands-on di pesta buku sejak dari dulu lagi. Tambah lagi tahun lepas aku AWOL kerana kes yang tidak dapat elakkan. Kerja di rumah buku seperti di PTS FORTUNA memberikan aku kesempatan berharga ini.

Lihat! KARIPAP-KARIPAP CINTA!!

Asma Fadila Habib, ketua hari pertama booth PTS. Orangnya tegas tapi hatinya lembut bak sutera ulat sutera. Sebab bila tepat saja sampai masa makan, dia akan tanya: "Kau dah makan nasik belum? Kalau belum cepat pegi!" Aku jadi terharu nak nangis keluar air mata.

Berposing adalah fitrah setiap insan yang berhadapan kamera. Kandid itu hanya ilusi optik sahaja. Bergaya sungguh itu kamera.

Esok aku diramal 100% fit semula.

Siaplah kalian semua. Aku ada kejutan-kejutan gila! Ha Ha!


p/s : Sejurus sahaja entry ini siap ditulis, tiba-tiba adik perempuan aku yang sudah 3-4 hari tidur di rumah keluarga aku kerana sudah mengandung anak sulungnya mengadu hendak dihantarkan ke hospital segera. Baru aje kejap tadi. Mungkin detak hati berkata sudah sampai masa dia mahu beranak. Sudah sampai masa Rayyan(anak buah aku yang pertama, anak sulung adik lelaki aku) punya berkawan. Sudah sampai masa Mikail dilahirkan. Sudah sampai masa ahli keluarga aku bertambah lagi. Sudah sampai masa aku ke hospital lagi dalam masa kurang 48 jam. Sudah sampai masa aku tercabar lagi untuk mencari teman hidup agar aku tidak keciciran lagi dan lagi(?!)

Soon, Rayyan has as new co-partner.
Ready to rock and roll, bebeh!

Ulasan

Reyn Ai Otsuka berkata…
terbaekkk!! =)
nak pergiii!!!!
faizalmukhtar berkata…
[AI]

JOOMMM!!!