Anugerah PeKOMIK 2010 | PEKOMIKON @ Pesta Buku KL.

Di akhir hari PBAKL'2010, aku telah diberikan kepercayaan menjadi MC untuk upacara majlis paling berprestij dalam kalendar industri komik tanahair iaitu Anugerah PEKOMIK kali ke-2. Dan partner aku adalah...

...si gadis comel dan manja ini. He He He. Bersemangatlah aku secara natural dan otomatisnya! SERIUS!!

Tambahan pula, kiranya ada partner yang bagus dan baik seperti beliau, maka artikulasi ketika menjadi MC di majlis ini akan bertambah tuntas dan sempurna. Boleh juga bersenda gurauan demi memeriahkan upacara :D

Wah! Lihat itu. Turut hadir: GM PTS Encik Fauzul, Chairman PTS Puan Ainon, para artis Komik-M yang terdiri daripada Bophairy, Pac dan Jas. Nizam Pac tu tak tahu tu. Dia tak tahuu... kejap aje lagi. Kejaapp je!

Juga kelihatan Eisu dan Kromosom di dalam gambar ini termasuklah berdozen-dozen-dozen lagi para pengkarya, penggiat, pejuang dan pemaju industri komik tanahair. Ada orang cakap Eisu demam. Monyok aje muka dia. Tu pun dia sanggup datang nak meriahkan majlis! Fuh. Kagum Kagum.

Yang sebaris dengan aku ni pulak, bekas student-student aku dulu dengan Roy kat UiTM. Datang sendiri tanpa dijemput. Bagus budak-budak ni. Terutama sekali Ai sebab dia yang tukang paksa kawan-kawan dia datang!

Ha! Ni antara award-winning line up itu hari. Sekarang ni, satu Malaya dah tahu: Anugerah Pekomik Terbaik 2009/2010 jatuh ke tangan Pac! Lepas ni, lu boleh la menyemat sikit. Beli sikat baru ke, minyak tancho ke, stokin ke, apa ke... tak gitu Pac??!

Ni masa hujung-hujung majilis. Acara main balas-balas pantun sambil senda gurau-gurauan. Hahaw! Bukan main lagi kami jadi MC tanpa skrip.

Jimi, gadis comel dan manja dan aku. Tiga serangkai dari PTS. Gambar di ambil masa tengah rehearsel. Sekali lagi, takde skrip. Rehearse kami adalah rehearse macam mana nak abiskan popia aje nanti masa acara makan-makan lepas majlis setel.

Si gadis comel dan manja, Apai si Comix21, Wanzu si Komik-M dan aku si tuan tukang tulis entri ni. Terima kasih semua sebab datang dan membuatkan event hari tu sangat happening tanpa rasa pening!

gambar ehsan curian: Firdaus Radzi

Ulasan

Reyn Ai Otsuka berkata…
sapa plak "ai"??
ahahahahaha...adoiyaii~
faizalmukhtar berkata…
[ai]

Engkaulah Ai... Ai. Takkan lah Ai... Ai. Betul tak, Ai??