ultimate kacau.

Untuk yang tahu atau sudah kenal lama dengan aku, dia akan cukup faham bila tatkala aku menggunakan perkataan 'ultimate'. Ultimate akan diaplikasikan bila aku serius memikirkan atau menaakul tentang perkaitan sesuatu perkara atau perihal. Dalam hal ini, tak ramai yang faham akan pengistilahan ultimate dalam hidup aku melainkan beberapa insan terpilih sahaja. Mereka faham benar mazhab ini. Mereka orang bertuah kerana sering mendengar dan sama memproses ultimate aku. Ironinya, asal-usul atau origin ultimate tersebut memanglah ada sangkut paut dengan bahan yang aku rujuk-rujukkan selalu yakni komik atau dunia seputar komik juga. Komik-komik yang berselingkar serta berputar dalam semesta ultimate. Lantas, life itu sendiri kadang-kadang atau selalunya sangat komikal sifat dan sahsiahnya. Bagi aku, kekomikan hidup adalah sama serius dan sama runcing dengan fundamental asasi dan harfiah-harfiah literal hidup, baik yang leksikal mahupun derivatif. Hakikatnya, aku juga mampu untuk membuat pertimbangan bila ber-ultimate.

Kacau pula adalah satu laras kata yang memperlambangkan keadaan genting, kucar-kacir, tunggan-langgang, kecamuk dan apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya. Keadaan ini berlaku akibat banyak perkara. Yang mana diantara lazimnya termasuklah rancangan yang dirancang tidak menjadi atau tidak mengikut rancangan asal, rancangan diganggu oleh syaitan yang sentiasa tidak putus asa dan hasad pada manusia yang lainnya, rancangan rosak sebab lain yang dirancang lain pula jadinya atau apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya juga.

Baru-baru ini, ianya berlangsung secara parallel. Aku tidak anggap ini masalah. Malah, ia hanya aku kategorikan dalam kepompongan mencabar dan menduga.

Ini adalah ultimate kacau. Aku harap ia tidak akan membiak-besar menjadi ultimate bilau. Kerana bila terjadi suasana, senario atau keadaan ultimate kacau-bila... aku sendiri pun tidak tahu apa mahu buat.

Sebab banyak benda aku ultimate buat, aku berani ultimate tanggung.

Kecuali ultimate kacau dan ultimate bilau. Sumpah aku akan jadi ultimate mati kutu.

Ulasan