Ternampak budiman.

Aku tak puas hati, betul punya aku tak puas hati. Makin aku cuba, makin susah dibuatnya. Aku tau, bukan senang kerja-kerja macam ni. Cuma aku harap, niat aku nak jumpa jawapannya dalam masa yang terdekat ni akan tercapai serta terlaksana dengan jayanya.

Sedikit sebanyak, aku dah usha line. Orang-orang yang dipercayai sudah pun memberikan makluman dan tindakbalas yang diperlukan. Aku tidak kira dan aku tidak kisah. Seratus, seribu, sejuta, sebilion sekalipun akan aku cuba dan cuba dan cuba dan cuba lagi sampai aku dapat. Mak aku selalu pesan, buat kerja biar sempurna. Kalau orang lain boleh, kenapa aku nak give up pula tak tentu hala? Usaha eskalator kejayaan. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Genggam bara api, biar sampai jadi arang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ya! Betul tu!! Aku mesti boleh. MESTIII!!!

Tapi sekarang, aku nak simpan dulu. Nak simpan dan peram dan tapa.

Barulah akhirnya nanti, aku akan tampak budiman.

Ulasan

JHaZKiTaRo berkata…
salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)