Berkedudukan Pingat: Kejayaan BOOM! memberi sinar baru kepada dunia boling sejagat.

Barisan atlet boling BOOM (dari kiri) Asmadi Jones, Mazura Othman, Husna Adnan, Zaidi Ismail, Husaini Senin dan Faizal Mukhtar yang berjaya meraih pingat kejohanan di Wangsa Walk Bowling, semalam. Di belakang, juga kelihatan Safizal Mustafa dan beberapa atlet BOOM! yang lain.

KUALA LUMPUR 12 Februari - BOOM! mencapai kejayaan paling gemilang dan manis buat julung-julung kalinya malam tadi apabila berjaya meraih kedudukan pingat, pada hari temasya Kejohanan Boling Ten-Pin PTS 2010

Paling membanggakan, semangat padu dan kekentalan usaha yang tidak pernah padam memastikan sasaran posisi pingat BOOM! menjadi kenyataan. Dengan menjatuhkan jumlah penuh 4, 567 jatuhan pin, pasukan BOOM! sudah cukup kukuh untuk menewaskan pesaing tradisi yang senantiasa meletakkan pasukan ini dalam kedudukan tidak selamat. Dari awal lagi, pasukan-pasukan lain yang turut bertanding turut memberikan tekanan dalam yang acara berlangsung di Wangsa Boling, Wangsa Walk Mall. Namun, ianya dapat diatasi dengan ketenangan dan kesungguhan konsentrasi yang mendalam.

Kapten Kontinjen BOOM!, Faizal Mukhtar yang sama menyertai aksi menarik itu, telah memberikan kata-kata pembakar perasaan agar mereka terus juang dalam apa jua keadaan sekalipun semangat.

Menurutnya, beliau yakin atlet-atlet sangat berkeyakinan mampu merangkul pingat pada temasya yang lazimnya menjadi acara tahunan itu.

Sambil memuji barisan pemain boling BOOM!, beliau berharap, ''Semangat boling yang mencipta pingat pertama pasukan hari ini mampu menyemarakkan bara kegigihan atlet negara mencapai kejayaan lebih cemerlang di masa-masa yang akan datang, tidak kira beraksi di kejohanan apa sekalipun.''

''Kita merasa bangga dan bersyukur kerana mendapat pingat pertama dalam tenpin boling. Kejayaan ini manis ini bisa dijangka tetapi kita berharap atlet negara akan berusaha lebih gigih lagi bagi memungut pingat emas dalam tempoh 2 atau 3 tahun akan datang,'' kata beliau kepada pemberita dalam dan luar negara selepas meraikannya bersama kesemua kontinjen BOOM! yang sanggup menunggu sehingga detik-detik tengah malam, demi menanti keputusan akhir.

Sasaran seterusnya untuk pasukan BOOM! adalah Kejohanan Boling Dunia di Munich, Jerman hujung tahun ini dan Sukan Olimpik London 2012.

Ulasan