aku cukup isnin hari ni.

Mata dan dada aku memang cukup barai ini hari kat ofis. Sudah la tidur tidak sedap, mandi pun kucar-kacir. Member regular nak ke pejabat pagi-pagi buta lagi dah terpacak depan rumah. Tak bagi peluang langsung aku nak sikat rambut guna gel minyak formula kental berkrim. Rambut aku hari ni adalah ala-ala fesyen Emmet Brown pemecah teori fluks kapasitor. Sesampainya di ofis pula, keadaan menjadi tidak tentu arah kerana cuti hujung minggu, aku tidak sentuh kerja rumah langsung di rumah. Aku pegi jalan-jalan area KL sampai habis duit syiling dalam kereta kancil adik aku buat beli komik, pergi lepak kino dengan padawan komik aku, pergi lepak dengan budak-budak komik yang baru belajar nak jadi padawan komik, baca komik di rumah, baca komik di kedai komik dan di merata tempat yang ada komik.

Jadi, gerakan aku di pejabat menjadi padat. Kaki dan tangan aku turut sendat. Otak fikir aku berligatan dan berancakan. Ya! Aku kini menjadi orang-orang yang bolehlah dibanggakan ibu dan ibu mertua kembali suatu hari nanti.

Ternyata aku sudah jadi warga kerja yang telah merdeka dari belenggu kefasikan dunia materi.

Ulasan