Aku bertapa minggu ni.

Kadang-kadang, bagus juga dapat ubah angin

Hari ni, esok dengan lusa aku rasa aku tak online. Aku pergi kembara. Kembara aku jenis yang naik bukit turun bukit, masuk gua keluar gua, berguru dengan orang-orang yang ada ilmu. Terjah hutan, lalu belukar. Dari main kaki kat anak-anak sungai sampai berpencak bawah air terjun. Makan pulak aku agak kategori yang masak nasik dalam buluh duri dan lauk-lauknya yang diambil sumbernya dari kawasan belantara. Entah, aku sendiri pun saspen dalam ketidakpastian sebab ini first time aku ikut ini kembara. Mungkin ini balasan sebab derhaka dengan mak bapak aku dulu sebab bentak meraung-raung mintak jangan dihantar pergi summer camp time cuti sekolah, dengan alasan kat hutan takde TV dan tak dapat kayuh basikal BMX.

Abis kembara ni, aku terus sambung dengan satu lagi ekspedisi yang hebat juga, jatuhnya pada hari Jumaat, Sabtu Ahad. Ekspedisi rohani dan spiritual. Yang ada banyak guna semangat dan main batin-batin punya hal. Sumpah aku tak bohong!

Harap minggu depan aku dah boleh guna superpower aku untuk terbang guna sayap dan pergi balik Amerika tanpa lalu imigresen.

Ulasan

azyze berkata…
summer camp kah, bini muda kah?

eh,

summer camp kah, camping kelab setem rakan muda kah?
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

ah, telahan kau meleset!