Terima kasih semua atas hujung minggu yang sungguh puas, padu, padat dan penat!

Rayyan hepi sambut hepi besday.

Reunion hepi sambut bebola hepi spaghetti.

...pendek kata semua-semua pun hepi.
TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH.

Terima kasih semua atas hujung minggu yang sungguh puas, padu, padat dan penat. Biarpun penat tetapi sangat hepi. Aku rasa next time, aku nak carik venue yang lebih besar sikit. Mungkin aku akan cuba booking London Dome atau Madison Square Garden. Paling koman pun, Dewan Komuniti 3K kat sebelah A&W Subang tu. Kat sana ada kolam renang indoor. Lepas tu, boleh panjang-panjangkan lagi meja buffet. Pasti lebih meriah dan bertambah ramai juga. Aku jangka Yusop Haslam pun sibuk calling-calling aku merengek nak datang.

Setuju??

P/S: Dan disebabkan aku baik hati dan juga good mood on a Monday, aku tidak mahulah sengaja-sengaja memulakan cerita tentang 'kehandalan' Mengenchesteh United dan Liverfool memenangkan pihak lawan malam kelmarin. Aku cuma mahu berikan kredit ini: SYABAS TO BOTH REDS. BWAHAHAHA!!!

Ulasan