Selamat pengantin baru. LOBAK dan PIZAH.

LIHAT: Ini gambar eksklusif yang tidak pernah muncul dalam mana-mana media massa lokal atau antarabangsa, apatah lagi Al-Jazeera, Astro Awani, CNN mahupun ESPN. Lobak dan Pizah selaku mempelai Raja Sehari. Bukan main lagi dah pandai posing dan bergaya lu ye, Lobak??! Patut le mertua lu suka bebenor dengan style Rosyam Nor lu semalam.

Tahniah dan syabas kepada Lobak dan Pizah sebab dah kawin. Berbaloi juga aku mengerah kederat, memotong peluh dan bergolok-gadai memacu kenderaan pinjam ke Batu Pahat bersama konco-koncoan. Makan best, iklim sejuk dan dingin serta suasana kampung yang aman dan damai. Terilham juga serba serbi.

Semoga panjang umur bersama, dimurahkah rejeki dan berkekalan sampai syurga. Kawin juga mereka. Lobak dah tak payah susah-susah nak lalui era pengoratan dan pemikatan gadis-gadis lagi. Dia dah masuk era baru. Korang bila lagi?? Bwahahah!!! (gelak aku kepada diri aku sendiri)

Akad nikah. Lobak macam biasa steady. Walaupun time ni selalunya orang perlu cemas dan cuak sedikit. Tapi Lobak steady. Dia memang Mat Steady.

Pizah, kaum keluarga, sanak saudara dan dulang hantaran. Semua cukup dan seadanya. Pizah juga tampak steady. Elok la tu, Mat Steady dengan Minah Steady.

Sudah sah dan soheh! Lobak dan Pizah bergelar suami isteri. Kalau tak, masakan aku tidak pernah nampak senyuman itu selama ini. Senyuman yang bernama senyuman rumahtangga.

Banyak-banyak gambar, gambar yang ada muka aku paling tak clear. Apa kes ni, Dato' Fatah?

Aksi di meja makan pengantin. Lobak menunjukkan mukanya yang paling macho dan of cos, steady.

Faez, selaku agen KEDAI KOMIK™ ONLINE merangkap konco Lobak juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan untuk bergambar. Gambar ini yang paling sopan.

LOBAK: " Bangun, din... bangun. Turn gua pula ngantok. Gua dari semalam dah booking ngantok ni. Cepat la bangun din! "
FAEZ: : " Hurrmm... "

Tapi aku heran kenapa dalam acara wedding ni, pengapit yang banyak tersenyum girang daripada pengantin? Apakah kerana Dato' Lat Fatah sebagai pengapit Lobak sudahpun bertemu jodoh hatinya di situ?? Atau dia sudah ceria dalam kekenyangan?? Atau saku baju Melayunya sudah mulai berat?? Ya. Jangan biarkan hidup anda diselebungi Misterrriii....

Gambar foto cilok tanpa ehsan: DATO' LAT FATAH

Karikatur khas: BAJAK

Ulasan

abdul fatah berkata…
haram ko pezal..aku terase amat lah terhonour sbb menyamakan aku dgn dato' lat..wakakaka!!
faizalmukhtar berkata…
[Dato' Fatah]

Bukan sama. Malahan, aku terpaksa menuduh kau sebagai klon! Kau telah meng-klon kau diri kau dengan Lat sejak dari mummayiz lagi!

Buwahahahah!!! Kau tak tengok gambar Zedda lagi. Lagi haram! Hahaha! Gelak lagi! Gelak lagi ramai-ramai!