Rebiu: NUR KASIH (2)

Aku baru selesai menelaah ramuan kejayaan dan men-studi beberapa initipati fenomena NUR KASIH. Dan ini ada beberapa cuplikan yang sempat di ambil:

Drama Nur Kasih terbukti sebagai salah sebuah drama Melayu yang paling diminati ramai pada tahun 2009, boleh dikatakan juga sepanjang zaman, kerana dilaporkan mencapai 3.9 juta penonton (53.9 peratus penonton Malaysia) sepanjang tayangannya di TV3, apatah lagi ditonton lebih 28 juta kali di kemudahan Catch-Up TV di laman web TV3.

Atas sambutan luar biasa yang diterima oleh drama ini, TV3 mengambil langkah mengulang tayang siri ini tanpa iklan, pada 7.25 malam Selasa hingga Jumaat mulai 3 November hingga 16 Disember (slot 35 minit). Menarik lagi, siri Nur Kasih terdapat dalam bentuk set DVD edaran Juita Viden yang boleh ditempah oleh para peminat dengan menghantar borang pesanan yang terdapat dalam akhbar Harian Metro, atau di laman web rasmi Nur Kasih untuk masa yang terhad.

Pencapaian cemerlang drama Nur Kasih telah mencetuskan niat pengarahnya Kabir Bhatia untuk menyambung jalan ceritanya dalam bentuk filem pawagam. "Kami hanya memikirkan untuk membuat filem memandangkan cerita ini mendapat sambutan yang hebat. Oleh itu, saya tidak terfikir untuk membuat drama Nur Kasih musim kedua," jelasnya.

For real ka?

Lagi korekan fakta di atas ada di SINI. Perolehan sumber dan fakta lain yang aku dapat adalah bersifat rahasia serta P&C. Sebab ada beberapa tu bersifat cult. Kena berhati-hati. Kang tak pasal-pasal aku kena trojan lagi.

Ulasan

azyze gomez berkata…
woh, baru komen di post sebelumnya yang akan ada boxset, tetiba dah ada. otak enterprising betullah diorang ni.

lagipun, kalau boleh buat boxset secara legal dengan kualiti ala cetrom (sebab cetrom pun dah "DVD9 akan jadi DVD10 nanti, adik!" kata cina tu) dan pasarkan pada harga 3x mahal dari cetrom... kan untung tu!

kak senah, mak jah, abang pian dan pak abu simpang empat beli habis dvd ni di kedai. mungkin patut sarankan sekali promosi beli boxset dapat poster edisi khas Aidil berposing di tepi bendang. lagi ramailah yang beli.

lu bila lagi nak jadi poster boy nih? bukan ni impian semua pelakon lelaki bujang semalaya ke? (mujur daulat lu dalam tv je eheheheh)
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

masin lidah jawa lu, jangan kata box set... partisyen set gua bagi lu. Besar partisyen opis gua dulu kat tempat keje lama.

bab poster boy tu, jangan diperbesarkan. nanti privasi gua nak makan kuetiaw tepi simpang diancam.
gayour berkata…
lebih2kan sangat drama tv ni. bukan ada apapun. seperti kebanyakan drama tv tipikal melayu,last sekali mesti mati, tobat, nyesal, insaf dan cerita tu mesti abis. harharhar!

kejayaan kat tv tak bemakna bejaya bila difilemkan. ia hanya bejaya ditahap drama tv saja! trust me.
faizalmukhtar berkata…
[gayourock]

1. siapa yang lebih2 kan?
2. cerita apa yang tak abis2? cerita tak abis banyak la... gua ada satu contoh tapi takut lu merajuk tak makan nasik pula. hahaw!
3. mana tau? tak semua GERAK KHAS atau SENARIO.
4. Lu ada pernah layan ke NUR KASIH ni?
5. Bila nak ajak gua makan nasik?