WORLD PREMIERE: AXARIA | BARA PESAKA exclusive on Mobile Comic via MMS.

.
Komik MMS AXARIA dan BARA PESAKA kini telah dilancarkan dan kita semua boleh melanggani atau menjadi subscriber melalui telefon bimbit (sila baca: yang agak canggih-canggih juga berbanding telefon aku). Jadilah subscriber dan ikuti kisah-kisah yang penuh konflik dan menakjubkan yang pasti menceria dan menambahkan koleksi bahan bacaan kalian.

Informasi mengenai komik MMS ini ada di lampiran di bawah.

on Maxis Hotlink

on Celcom Channel X

AXARIA


Sinopsis : Planet Axia merupakan planet pusat perdagangan dan pentadbiran antara planet-planet di sistem suria Holusia telah terancam dan terjerumus ke kancah peperangan akibat ketamakan suatu pihak yang ingin menopoli gagasan itu. Lalu planet Axia jatuh ke tangan Maharaja Magrat-Ahur dan di sebalik penaklukan ini sebenarnya baginda mengidamkan senjata rahsia yang dibangunkan oleh Maharaja Axia yang menjadi tunggak keutuhan pemerintahan agung Axia. Perebutan mula berlaku di mana Putera Raja Axia bangkit mempertahankan kerajaannya dengan mengaktifkan sistem pertahanan berpandukan senjata rahsia yang di beri nama AXARIA.

Genre: Sci-Fi


BARA PESAKA

Sinopsis: Pengamal ilmu hitam pastinya tak pernah berkubur selagi mana tidak matinya sifat kejahatan dan juga syaitan pasti akan membawa kehancuran di dalam kehidupan manusia. Hanya dengan keimanan, ketaqwaan serta ilmu yang baik pasti dapat menyelamatkan diri manusia dari lembah kehinaan. Kisah bermula di mana sebilah keris pusaka yang di puja dipercayai telah banyak menumpahkan darah dengan cara membunuh setiap mangsa dari jarak jauh. Seorang pendekar handalan telah diupah untuk mencari dan memburu keris ini. Dalam pengembaraannya mencari keris misteri ini terikatlah satu hubungan ikatan persahabatan antara dua jaguh dalam pada masa yang sama merupakan waris kepada keris misteri ini. Pada jangka waktu yang telah ditetapkan keris misteri ini berjaya di bawa lari untuk dimusnahkan tetapi tindakannya itu telah mengundang bahaya yang tak di duga. Aksi pertarungan antara kedua pendekar handalan ini berlarutan sehingga masing-masing menyeru Jin pendamping mereka untuk mempertahankan diri. Namun, kuasa sihir dan seruan Jin ini hanyalah mengundang padah di suatu hari kelak dan keseksaan sepanjang hayat di mana perasaan dendam yang berpanjangan sehingga ke beberapa generasi.

Genre: Seram / Fantasi
.

Ulasan