Prebiu: FINAL Bolasepak Sukan SEA 25. MALAYSIA VS VIETNAM

Kepakaran K. Rajagobal dalam mencongak strategi skuad negara bakal menentukan kemampuan mereka membawa pulang emas pertama Sukan SEA kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu pada Temasya Kuala Lumpur 1989.

Pertemuan Malaysia menentang Vietnam pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-25 boleh disimpulkan sebagai mempunyai misi yang berbeza tetapi menuju matlamat yang sama. Malaysia di bawah bimbingan ketua jurulatih K.Rajagobal kali terakhir menjulang pingat emas acara bola sepak Sukan SEA pada temasya 1989 di Kuala Lumpur, sementara Vietnam yang dilatih oleh jurulatih dari Portugal, Henique Calisto pula mencari emas pertama untuk acara itu bagi Vietnam.

Ironinya, kedua-dua pasukan daripada Kumpulan A, Vietnam sebagai juara dan Malaysia sebagai naib juara, ditemukan semula di perlawanan akhir hari ini. Malaysia melangkah ke final selepas menumpaskan juara Kumpulan B, Laos 3-1 sementara Vietnam menewaskan naib juara Kumpulan B, Singapura 4-1. Pada saingan peringkat Kumpulan, Malaysia tewas 1-3 kepada Vietnam.

Berbekal pengalaman tersebut, Rajagobal pada sesi latihan hari ini mahu anak buahnya melupakan keputusan perlawanan lalu dan beliau merangka strategi baru bagi mengatasi lawan. Kekuatan lawan jelas pada barisan pemain tengahnya, Phan Thanh Binh dan Pham Thanh Luong. Jadi Malaysia perlu mengikat mereka dan tidak memberikan peluang kepada pemain tersebut bergerak jauh ke depan gawang. Vietnam juga mempunyai penyerang yang baik iaitu Nguyen Quy Su dan Nguyen Trong Hoang tetapi jika pertahanan kita mampu mengikat mereka berdua, 'rentak' pasukan lawan akan terjejas.

Apa yang penting, pemain perlu cepat mengenalpasti kelemahan lawan dan memanfaatkan peluang tersebut.

Jika pada perlawanan separuh akhir menentang Laos, Harimau Malaya kehilangan tiga pemain utamanya, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak akibat sakit mata dan dua lagi pemain Mohd Amirulhadi Zainal dan Ahmad Fakri Saarani akibat penggantungan, kita kini mempunyai kelompok pemain terbaik untuk pertemuan final. Walau bagaimanapun Amirulhadi masih mempunyai baki penggantungan satu perlawanan selepas digantung tiga perlawanan akibat insiden kekecohan pada pertemuan peringkat kumpulan dengan Vietnam pada 6 Dis lepas. Rakyat Malaysia sudah pasti berharapapan besar emas akan menjadi milik kita di penghujung saingan.

Dengan adanya kelompok pemain terbaik selepas selesai masalah kecederaan dan penggantungan, sesiapa pun yang diturunkan petang ini, tentu pasti memberi 100 peratus yang TERBAIK.

Sementara itu, menurut kata jurulatih Vietnam, Calisto yakin anak buahnya kononnya mampu mengulangi keputusan menewaskan Malaysia 1-3 seperti pada pertemuan peringkat kumpulan yang lalu. Dengan angkuh dan bongkaknya dia mengaku mempunyai kesemua kesebelasan utama dan penyerang terbaik dalam bentuk Nguyen Trong Hoang yang akan kembali ke dalam pasukan selepas pulih daripada kecederaan. Dia tidak bermain ketika menewaskan Singapura 4-1 di separuh akhir.

Menurut sumber media, skuad Vietnam kini bersemangat tinggi selepas beberapa badan korporat di Vietnam telah menjanjikan untuk menaikkan insentif mereka sekiranya menang pada perlawanan akhir esok. Terdahulu, skuad bola sepak Vietnam telah dijanjikan habuan US$100,000 (RM340,000) jika berjaya mara ke final dan jumlah itu akan digandakan jika skuad itu berjaya membawa pulang pingat emas. Kecoh.

Dia tak fikir berapa banyak kerajaan inject duit dalam tabung FAM semalam. Lagi berkoyan. Sehingga lewat petang ini, stesen televisyen tempatan melaporkan ribuan penyokong-penyokong Vietnam melintasi sempadan untuk menyaksikan perlawanan akhir itu yang akan berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional di sini pada pukul 5 petang waktu tempatan. Sempadan terdekat daripada Vietnam ke Vientiane di sini kira-kira 400km atau 13 jam perjalanan menggunakan kereta.

Aaaahhhhh.... tak takkkkkuuuttt!!!! Bawaklah satu negara sekalipun, apa ada hal.

Apa pun, kita semua tidak usah mahu ulangi kesilapan seperti mana ketika kita kalah kepada Vietnam jika mahu menang. Itu amanat jurulatih K. Rajagobal kepada pemain skuad bola sepak negara. Yang pasti kekalahan kepada Vietnam pada perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, memberi pengajaran berguna supaya pemain tidak bertindak balas terhadap keputusan pengadil yang tidak menyebelahi skuad negara. Dari segi semangat, sudah tentu para pemain akan turun berhabis-habisan menentang Vietnam nanti. Ini merupakan 'halangan' terakhir untuk kita menamatkan penantian 20 tahun pingat emas bola sepak Sukan SEA.

Meneliti sesi latihan, Rajagobal tampak akan terus menaruh harapan kepada barisan hampir sama dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Muslim Ahmad, Nasriq Baharom serta Mohd Sabre Mat Abu bakal diberi kepercayaan menerajui benteng. Posisi Safiq Rahim dan K Gurusamy di tengah tidak terjejas, ketika Baddrol Bakhtiar serta S Kunanlan juga berkemungkinan besar diberi tanggungjawab mengepalai bahagian tengah. Ahmad Fakri Saarani, penjaring gol kemenangan ketika menentang Thailand kembali di barisan depan, bersama-sama Norshahrul Idlan Talaha. Zaquan Adha Abdul Radzak mungkin akan sekadar berwatak pembantu.

Kita akan turun dengan yakin dan kita semua tidak mengharapkan yang lain selain daripada kemenangan.

Kita akan menentang pasukan yang mengalahkan kita di peringkat kumpulan itu. Ia memberikan kita menilai sejauh mana kekuatan mereka.

Pada aku, Malaysia dan Vietnam sama handal, cuma kita kalah tempoh hari kerana pemain kita gagal mengawal emosi mereka apabila dengan pantas bertindak balas terhadap keputusan pengadil. Apabila emosi menguasai diri, permainan jadi tidak menentu. Jadi kita menasihatkan pemain supaya jangan sesekali bertindak balas terhadap apa juga keputusan pengadil. Beraksilah dengan tenang, berikan persembahan bertenaga. Jika kita beraksi dengan cara permainan kita, kita yakin kemenangan akan memihak kepada Malaysia.

Sesudah berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran pada edisi kali ini, kita semua sudah bersedia. Bermula dengan kes Zaquan yang bukan sahaja sakit mata tetapi digantung dua perlawanan, Amirulhadi Zainal digantung tiga perlawanan, penjaga gol utama digantung sehingga Baddrol Bakthiar diletakkan sebagai penjaga gol simpanan ketika menentang Kemboja.

Namun Harimau Malaya tetap mengharungi semua itu dengan tabah dan berjaya ke pentas final. Ini semua dugaan dan harap ia memberi tuah kepada kita dengan membawa pulang emas acara bola sepak Sukan SEA untuk rakyat Malaysia.

AYUHLAH! BARISAN KITA....

Ulasan

armouris berkata…
hati-hati kecederaan semasa bermain bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak
faizalmukhtar berkata…
aku tidak pernah skeptikal tentang pasukan kebangsaan kita.
Tanpa Nama berkata…
MALAYSIA 1-0 VIETNAM..tahniah..
faizalmukhtar berkata…
YESSSS... SYUKUR ALHAMDULILLAH!!! BERKAT TAHUN BARU.