MALAYSIA MARA KE FINAL BOLASEPAK SUKAN SEA KE-25 LAOS 2009. AYUH SEMUA KIBAR SEGALA PANJI SEMANGAT PERJUANGAN YANG KINI MEMBARA!

Malaysia berpeluang sangat cerah untuk menamatkan kemarau emas selama 20 tahun apabila mara ke perlawanan akhir acara bola sepak lelaki pada Sukan SEA selepas menewaskan Laos 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos. Lawan Malaysia pada pertemuan akhir Khamis ini ialah Vietnam yang sebelum itu menumpaskan Singapura 4-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Chaou Anouvong.

Dua gol Malaysia dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke-13 dan 79 sementara gol ketiga dijaringkan oleh Safiq Rahim pada minit ke-84. Biarpun stadium dipenuhi 23,000 penyokong tuan rumah, anak buah K. Rajagobal bermula dengan yakin dan melakukan beberapa percubaan berbahaya bagi menguji kekuatan lawan. Kedua-dua pasukan tidak bertemu dalam saingan peringkat kumpulan. Pasukan Malaysia ialah naib juara Kumpulan A sementara Laos mengungguli Kumpulan B.
Ketika negara mengucapkan tahniah kepada K.Rajagobal di atas kejayaan anak buahnya melangkah ke pertandingan akhir, ternyata ada suatu gambaran di wajah jurulatih tersebut. Mungkin beliau memikirkan cara untuk menaikkan kembali semangat anak buahnya yang akan bertemu Vietnam pada perlawanan akhir Khamis ini, iaitu pasukan yang menewaskan Malaysia 3-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A pada 6 Disember lepas. Memikirkan cara dan kaedah bagaimana untuk menaikkan semangat pemain bila kembali bertemu Vietnam di perlawanan akhir selepas kita kalah kepada mereka sebelum ini barangkali.

Mungkin kita tidak perlu bercakap banyak dan membiarkan pemain sendiri memikirkan cara bagaimana untuk kembali bersemangat. Pada perlawanan hari ini, Malaysia, pasukan yang pada mulanya tidak diberikan harapan oleh banyak pengkritik, menumpaskan tuan rumah untuk melangkah ke perlawanan akhir dan berpeluang untuk meraih emas yang kali terakhir dirangkul skuad bola sepak negara pada edisi 1989 di Kuala Lumpur. Selepas Baddrol Bakhtiar menyumbat gol pertama pada minit ke-13, pemain-pemain negara mula hanyut dan membiarkan pemain lawan menguasai perlawanan.

Hanya selepas Laos menyamakan kedudukan pada minit ke-72 menerusi Kanlaya Sysomvang, barulah pemain kembali menyerang untuk mencari gol kemenangan. Ramai yang tidak tahu betapa sukar skuadnya mengharungi perlawanan menentang Laos kerana Malaysia bermain tanpa penyerang.

Mohamad Zaquan Abdul Radzak masih cedera, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Amirulhadi Zainal masih menjalani penggantungan.

Hanya ada pemain tengah yang berkaliber Safiq Rahim dan dia membuktikan kemampuannya. Selain mengendalikan barisan tengah, Safiq juga menjaringkan gol ketiga Malaysia. Sementara itu jurulatih Laos, Alfred Riedl menyatakan pasukan Malaysia menguasai permainan pada separuh masa pertama manakala Laos mengawal permainan pada separuh masa kedua. Untuk rekod pada pertemuan terakhir di Sukan SEA, Laos mengalahkan Malaysia 1-0 di Sukan SEA ke-19 di Jakarta pada 1997. Dan kali terakhir Malaysia layak ke peringkat akhir adalah semasa menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-21 2001 di Kuala Lumpur dengan hanya memungut pingat perak selepas tewas kepada Thailand, 2-1 pada masa kecederaan.

Tapi itu semua tinggal sejarah silam.

Kerana kelak nanti, satu sejarah yang lebih hebat akan bakal tercipta.

Ulasan

$uNmeloN berkata…
Harimau Malaya bukan setakat mengaum, bahkan akan terus mengamuk!!!
Teruskan!!!
faizalmukhtar berkata…
[sunmelon]

Lu tau kaedah mengaum yang betul dan saheh?
-s- berkata…
rajagobal ke rajagopal?
$uNmeloN berkata…
[FM]: aku tak pasti, tapi aku bangga + gumbira dgn hasil Ngauman smlm..
faizalmukhtar berkata…
rajagobal.