Kedai Komik cawangan Hussein Corner.

Beberapa hari lepas yakni dalam kelmarin semalam, aku telah pergi melepakkan diri bersama-sama dengan kroni-kroni komik di sebuah cawangan di Kelana Jaya. Cawangan area Kelana Jaya Hakimin Zahid yang pegang. Kat sana aku tengok prospek dan potensi untuk melebarkan sayap impian aku untuk menubuhkan premis KEDAI KOMIK™ ONLINE secara struktural adalah sangat cantik. Baru beberapa round sahaja, komik laku juga bagaikan kepanasan pisang goreng yang dijual oleh Zarina Zainudin di waktu hujan lebat pada dekad 90an. Itu peribahasa aku upgrade sendiri kerana kroni-kroni komik di sini adalah lanjutan dari era 90an. Jangan pula diguna masa ujian penilaian sekolah. Kelak nanti Julai paper-lah jawapannya.

Selain Hakimin Zahid, ramai juga yang gila komik. Sungguh tidak aku sangka. Aku anggap ini semua rejeki. Khalid al-Walid, Farid Kamil, Pami dan Addy Shahrul adalah antara nama-nama yang sudah masuk dalam gerakan inisiatif bersepadu aku. Kata Hakimin, orang-orang dia bukan orang sembarangan. Ada sorang tu adalah tuan punya founder roundabout-roundabout, bangunan-bangunan, kilang-kilang dan factory-factory, estet-estet dan ladang-ladang, kandang kuda dan stable serta beberapa mercu tanda penting Shah Alam. Ini termasuk juga roundabout Persiaran Kayangan yang banyak kali aku eksiden masa belajar kat sana dulu. Yang sorang lagi tu pula, kalau duduk dekat mapley tak pernah order yang kosong-kosong macam roti kosong atau air kosong. Yang ni aku percaya. Sebab selalu aku nampak dia makan mesti makan best iaitu nasik lauk ayam kari. Nasik dan lauk ayam kari di mapley faham-faham sahajalah. Harganya adalah sejajar dengan harga piza hut dulang kecik. Tak salah lagi, aku telah menerobos ke market yang bernilai tinggi untuk memanjangkan jajahan komik aku.

Nak dijadikan cerita, bukan cerita ini yang aku nak cerita sebab cerita ini adalah cerita yang aku rizab di mapley bernama Hussein Corner sahaja. Ceritalah adalah waktu Hakimin Zahid hantar aku balik itu hari.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Hakimin Zahid telah mendedahkah sesuatu yang buat aku kesal tak sudah. Kalau lagu kumpulan Ukays main masa Hakimin Zahid cerita itu cerita, pasti tetesan air mata jagung aku yang mahal itu sudah berguguran membasahi bumi. Aku sedar aku sudah bikin silap lagi. Aku tidak menggunakan segala isi peluang yang ada demi masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Sebaliknya aku memilih langkah yang sumbang, tempang dan temberang. Dan perkara ini membuat aku terusan membungkam layu tunduk membisu sepanjang malam di sisi katil yang tidak aku rasa lagi keempukannya biarpun badan aku sudah lesu kerana seharian berkejaran ke sana dan ke sini, konon-konon kerja.

Ah! Aku harus belajar dari kesilapan. Kerana hujan pasti berhenti dan sinar pelangi sedia menanti. Tidak ada mendung yang tidak akan berlalu. Berarak mendung kelabu mengekori langkahku sepanjang kehidupan. Penuh dugaan, namun aku tetap aku. Akan ku cuba dan terus mencuba mencapai suria. Walau membakar jiwa, walau aku dihina. Eh? Ternyanyi pula aku ya.

P/S: Hakimin Zahid walaupun dia adalah jurukomik yang tegar tetapi kadang-kadang permintaannya adalah yang diluar bidang kuasa dan kecapaian makrifat aku pula. Namun aku pendam sahaja jurus karate Mr.Miyagi ini untuk hari-hari esok. Antara komik yang di cari Hakimin Zahid adalah seperti berikut:

Kalau sapa yang ada, sila kontek aku. Jangan jual kat Hakimin Zahid terus kerana aku mahu lihat dahulu harga terkininya di eBay. Sedap juga kalau dapat makap harga.

Ulasan