Harap maaf. Nombor yang anda dial dah arwah. Fesbuk pun macam gering ini hari.

Untuk pengetahuan umum, nombor 012 aku dah hancus. Sila hubungi aku menggunakan nombor 014. Di sana mungkin ada harapan yang lebih jelas.

Dan semua orang juga bebas membuat andaian dan spekulasi sendiri di atas kewafatan nombor yang sudah aku pakai sejak sekian lama itu. Teori popular mengatakan ianya adalah akibat tulah dan derhaka pada sahsiah, kebajikan dan nilai harga diri sekeping sim kad berstatus 3G pada sebuah telefon bimbit edaran zaman jurasik. Manakala Fesbuk aku pula tak ubah berperangai seperti kambing sejak pagi tadi. Rasa macam nak sekeh leher sekor kambing secara suka-suka.

Sementara itu, selamat menikmati jamuan manis di bawah ini.


Perlawanan pembukaan acara bola sepak Sukan SEA '09 kat Laos: MALAYSIA 11 - TIMOR LESTE 0 !!! Tepat sekali ramalan aku sorang satu gol. Secara purata la kan.

Ulasan

gayour berkata…
kemenangan yang mengaibkan!
harimau lawan kambing!

kambing sungguh lazat dibakar/panggang!
faizalmukhtar berkata…
[gayourock]

ah. bicara soal maqan pula, gampang aja membutuhkan gue kelaparan di sini!

ayuh, bbq yok di rumah kamu.