Di manakah kau menghilang wei?

Apa citer? Dalam kesibukan aku mengejar nafsu menuju ke pusat-pusat komik dan agen-agen perkomikan seputar dearah kolumpo semalam, aku telah tertinggal komputer riba cap epal berkepala kembar aku itu entah di mana. Kalau dah taktau tinggal kat mana tu, sudah tentulah dalam kategori hilang pada hemah aku. Yang aku dok ketuk-ketul menaip ni pun, aku pinjam komputer riba mahal adik aku. Tapi aku ketuk papan kunci dia dengan cermat dan sopan la. Mana ada duit nak ganti kalau tercabut punat karang. Komputer aku lain. Nak taip guna ibu jari kaki siku pun boleh.

Ini sudah jadi masalah. Komputer riba cap epal berkepala kembar itu aku angkat secara ansuran. Duit mukanya pun tidak bayar apa-apa lagi dengan empunya tuan asal iaitu Juraimi Yusop. Juraimi Yusop kalau tahu hal ini pasti mengamuk dalam 2-3 hari tanpa henti sebab dengar cerita dia menjaga komputer riba itu ibarat menatang minyak yang penuh. Itu hari ada calar dalam suku inci kat bucu komputer pun dia boleh kesan masa lepak dekat mekdonel. Dia punya bengkek macam altimet woriye kena tarik spender dari belakang. Gerun juga melihatnya. Ah! Harap-harap dia tak baca entri ini. Dia pun tengah sibuk bukak hadiah krismas tu.

Kejaguhan altimet woriye, hak hogan pun tak dapat bendung

Namun, aku yakin dan pasti. Dengan segala keilmuan sufi dan tasawwuf yang telah diajar kepada aku oleh kiyai-kiyai rahasia semasa berguru secara part-time suatu masa dahulu di kaki gunung dan di dasar laut, komputer riba cap epal berkepala kembar itu akan aku ketemui kembali. Segala jurus dan pencak akan aku pergunakan dengan padu. Langkah akan aku susun rapi. Tiada apa yang dapat menghalang aku biarpun cabarannya terjah berliku di ganggu hantu. Semangat aku bukan calang-calang. Semangat aku, semangat waja.

Sudah. Aku nak pegi dapur carik sirap, ais ketul dengan limau nipis kejap. Bikin pengeras.

Ulasan

DANG LINA berkata…
dah jumpe ke?