Prebiu 10 sebab-musabab Perlawanan Tumpuan Liga Perdana Inggeris dinihari ini: The Chelsea VS Mengenchesteh United.

Tengok bek Mengenchesteh United. Lihat pula pemain The Chelsea. Tidakkah ini satu tindakan taktikal yang memakan jerat sendiri, tuan-tuan sekalian?

1. Taktik Mengenchesteh United 2-3 menjak ini memang aneh. Sampaikan gua keliru, Rooney sebenarnya main bahagian apa?

2. Sumbangan Kapten Terry memang tidak dapat dipersoal setiap kali bertemu team-team yang kononnya dipertaruhkan untuk mengalahkan Chelsea. Kononnya sahaja. Terima kaseh, Kapten.

3. Gua telah memperluaskan tanah jajahan keramat kemenangan gua kini di triniti mapley Subang Jaya yang baru bernama Mamak Bistro, Emak Nik Cafe dan Restoran S.Sukumaran. Biarpun pertama kali menonton pertembungan The Chelsea VS Mengenchesteh United di situ, atmofear-nya memang ngam untuk di ulang lain kali.

4. Gua hitung beberapa kali, banyak fan Mengenchesteh United lebih mengkritik dari menyokong team pujaan mereka. Apa pasal? Sampai kucar-kacir Neskape tarik dengan roti telur gua. Terutama sekali kutu bernama Anhar Kabiruddin, Ali Kutik, Faizal Kucing, Izwan Rhino dan Abdul Nik Mat Nik Mut. Lebai Muda Daud tak kira. Dia budak Arsenal yang hanya nak tumpang pekena bihun sup basah tengah-tengah malam buta.

5. Tiada insiden bakar kerusi, mercun, kain rentang dan bendera sebentar tadi. Namun, jurukamera berjaya menangkap footage seorang penyokong berkaca mata hitam sedang kesedapan menggosok gigi semasa game sedang rancak berlangsung. Anda di rumah ada perasan tak? Pelik tapi benar. Memang Misteri Nusantara. Mungkin terlalu ghairah memberi sokongan padu sehinggakan tidak sempat berdandan sebelum menuju ke stadium. Fanat betul.

6. Apapun, Drogba memang nak mintak kena jual. Dalam banyak-banyak player, dia yang paling gua gusar dalam ketumbukan askar The Chelsea. Dah tak musim dah ooii taktik tu...

7. Vidic tersengih kambing tengok Drogba kena Ong Bak dengan protege dia. Memang dasar Serbian. Cantona juga mungkin turut tersenyum bangga.



8. Kurang gaduh pula game ini hari. Kad Merah pun tiada. Kagum.

9. Evans, Fletcher, Carrick, Giggs dan Anderson. Kaki kero.

10. Habis game, gua tertunggu-tunggu reaksi Ferguson menempelak pengadil. Ternyata hampa. Dia terus sahaja ke bilik persalinan dengan air wajah yang membungkam bisu. Apapun... hayati kata-kata pengulas TV ini yang sempat gua hafal, "Five minutes of what is now commonly known as 'Fergie time' was played and the Scot's side pressed hard but Chelsea, as for the previous 90 minutes, were resolute at the back. The assistant referee is constantly keeping an eye on Sir Alex." Mungkin kata-kata ini yang telah mengguris hati kecilnya.

Sekian sahaja laporan dari kubu kuat nan kental Stamford Bridge cawangan mapley kejiranan gua. Akhir kata, majulah bolasepak untuk The Chelsea.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Chelsea! Chelsea!
Puas ati gua malam ni!
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

jangan kata hati puas... limpa, pankreas, paru-paru, jantung, abdomen. Semuanya tenang riang dan gembira!
Tanpa Nama berkata…
restorant mamak area seksyen 7 shah alam ni rata rata minat Mancister United. Mesti sunyi sepi hampa dan duka kutu kutu ni.

nama gua heler.
Tanpa Nama berkata…
hanya disebabkan prebiu nan sepuluh ini menyebabkan aku tak jadi dah nak order komik kat kau. boikot kedai komik kau sejam hahaha.

apai @ penyokong tegar N9
faizalmukhtar berkata…
[apai]

sejam awak, bagi saya ibarat... 0.05 nanosecond Gaban sahaja. Banyak lagi yang awak kena boikot. Berus gigi warna biru dan Isnin nan biru umpamanya... Hahaha! Awak. Awak.