Impian gua masih menanti giliran.

Meresap semangat padu nan jitu Chee, Milx, Adijin dan yang lain-lainnya di medan antarabangsa.

Sekali sekala tu, gua berimpian untuk pergi berkarya di 'tempat orang'. Teringin juga gua nak merasa wang hasilan kerja yang selain dalam bentuk nota Ringgit. Ada sorang tu, hujung tahun ni sudah siap siaga hendak kawin lagi gara-gara dah rasa duit pound sterling. Ya, mungkin rezeki dan mungkin juga jodoh. Atau mungkin juga kombinasi keduanya.

Di sana pool of talent-nya lebih besar. Crowd-nya juga lebih besar. Level of interest juga tinggi. Maka apressiasi pada karya dan seni amatlah mendebarkan serta kiranya kena pada gaya, meng'harta'kan juga. Yang di atas ini, semuanya sudah merasa nikmat yang benar-benar kenikmatan lingkupan profesionale serta betapa unggulnya bergelar seniman berjuang atas kecintaan pada senikarya kita. Berjuang dalam lapangan yang kita minat dan berpencak pada gelanggang yang kita suka.

Gua masih memegang impian itu.

Impian untuk berkarya-juang di pentas yang lebih lapang, punyai pencak yang kemas dan penghasilan minat pada benda yang kita suka. Karya kerinduan itu gua tanggung sendiri.

Ulasan

gayour berkata…
gua ada masa pengistiharan team 'mantera works' dan gua sangat KECEWA dengan hasilnya hingga ke hari ini... kecewa yang dalam!

"impian kecewa"
lagu tebaru m.pasir yang tak akan didedahkan.

HEH!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

dasar fahaman rob liefeld.

Chaisss!!!... (sambil mengkarate papan karat)