Zali, the brader Burgerman.

Malam-malam begini, kiranya isi perut nyaris kekosongan dan mengalun gemersik keroncong nan nyaring, maka arah hala langkah kaki akan kebiasaanya terus menuju ke sebuah warung burger sorong yang hanya terletak beberapa depa dari area rumah gua. Warung burger sorong yang berjudul Zali itu sudah cukup sinonim dengan penduduk setempat kawasan perumahan gua ini. Betul-betul depan sebuah mapley yang tajuknya Mamak Bistro. Tempat para pelepak-pelepak tegar tua dan muda berbicara dan berbincangan isu suratkhabar semasa, bolasepak, kerjaya, makwe, industri hiburan dalam dan luar negara, politik dan macam-macam lagi. Gua tak pasti sama ada kalau-kalau terdapat lagi pelepak yang membincangkan isu wrestling. Sapa lawan sapa atau siapa juara talipinggang terkini. Itu mungkin bukan poskod kawasan sini sama sekali sebab isu wrestling jarang main area sini. Pelepak sini kalau bab wrestling, dia tak suka tengok. Dia suka dia sendiri yang jadi wrestler. Malas nak ulas panjang-panjang. Tak musim orang cakap.

Brader Zali ni iaitu tuan punya milik cawangan-cawangan warung burger sorong area sini dah lama gua kenal. Sejak lebih sedekad lamanya. Itu jam dia baru turun ini kawasan dan buka satu kedai runcit. Dia adalah tokey kedai disamping bapa mertuanya. Disebabkan pesaingan terlalu dekat dengan sebuah lagi kedai runcit berjenama Pasar Mini Gobi, Zali terpaksa gulung tikar. Tambahan pula, kedai runcit yang dibuka banyak kali diuji dengan cobaan. Ini bukan main-main tapi betul-betul kejadian. Cobaan. Ada sekali tu kedai runcit dia kena rompak. Abis wang, abis semua. Kedai runcit itu pun sudah tinggal kenangan.

Tapi brader Zali tak pernah putus asa. Dia terus mencari jalan usaha untuk meneruskan hidup dan demi tanggungjawab keluarga. Kerja brader Zali seterusnya adalah sebagai kourier bersama syarikat kourier. Takkanlah bersama syarikat selipar Tat Seng pula. Di sana pun, dia cuba-cuba mencari kerja sampingan untuk melipat kali gandakan putaran ekonomi beliau. Tak semena, bisnes meniaga burger warung sorong yang dipilihnya. Mula-mula, gua usha macam biasa-biasa sahaja bisnes burger brader Zali. Tapi makin gua usha, makin lain macam.

Abis keje dengan syarikat kourier, petang nak masuk senja dia akan terus mengulik-ulik daging burger keseorangan dan tenang melayan kustomer yang datang dan pergi. Hari demi hari, orang pun makin kencang datang ke warung burger sorong brader Zali. Tak lama lepas tu dia ada pembantu. Selang beberapa bulan dia dah berenti keje syarikat kourier. Masa ni kalau tak salah gua, gua baru aje tamat ITM dan masuk syarikat majalah buat majalah komik. Bayangkan, dari gua sekolah, abis sekolah, masuk ITM, keluar ITM dan sampai keje syarikat majalah. Dah berapa bilah kederat tulang dan lingkup masa yang brader Zali patah-patahkan untuk berjuang atas nama survival mencari rezeki.

Sekarang, warung burger sorong brader Zali dah ada banyak cawangan sekitar lembah Kelang. Pekerja-pekerjanya pun gua tengok kerap bertambah dan bersilih ganti. Burger brader Zali tidak lah sepopular burger cap otai atau se-happening burger kat tempat-tempat happening area ss15 Subang Jaya tapi brader Zali tak pernah tau cara nak give up bila masuk bab-bab nak cari duit untuk hidup. Kalau gua, gua dah lari bawa diri entah kemana entah. Asal ada lubang, dia akan terjun dan selam lubang tu sampai sama ada dia puas atau lemas. Tadi, sedang tunggu burger cheese daging special gua siap, brader Zali ada sempat offer gua buat bisnes produk kesihatan berasaskan maggis. Tahun lepas ada tawar gua dengan adik gua bukak bisnes cecair penjimat minyak. Dia cerita dengan gua sungguh-sungguh sambil tangannya sekali sekala menghentak seat skuter yang sudah jadi kenderaan rasminya memeriksa kawasan. Tapi gua saspek, dia mesti perasan yang dengar gua dengar-dengar ambil hati sahaja.

Brader Zali adalah brader cekal yang jenis tidak sibuk pedulik apapun kerja yang boleh dibuat asalkan berbunga usaha dan berputik duit. Satu hari nanti gua tidak akan terkejut kalau dia dicalonkan dalam carta usahawan terkaya majalah Forbes atau tersenarai papan utama Wall Street.

Semoga usaha akan membawa kepada eskalator kejayaan.

Sedangkan gua?! Ya, gua hanya sibuk memaki hamun dan mencerca nista ruangan klasified dan kolum iklaneka yang sampai kesudah tidak mahu dan tidak tahu membalas budi gua membelainya tiap-tiap hari. Patutnya gua sudah ke Wikipedia dan mula mengujikaji fakta serta intipati manggis dan isi kandung bi-produknya tanpa berlengah-lengah menyinggah ke blog atau fesbuk atau mana-mana portal yang superlalai selepas usai menghadam daging dan roti burger special cheese percuma sebentar tadi.

p/s: Untuk sapa yang perasan, ada perenggan entri ini telah sengaja dicantas. Sebab kalau gua cerita, sumpah takde sapa nak percaya. Kisah benar pun tak real sampai macam ni.

Ulasan

-s- berkata…
setiap minggu, gua order dari pekerjanya dan brader skali. mmg sedap, tiada kompromi. gua salute kaum bumiputera mcm barader ni, sentiasa berusaha mencari rezki. akan tetapi, gua x tau apa nak jadi dgn blogger ni...hahahaa...aku pun cantas ayat terakhir tu gak...sbb mmg realiti.. :P
faizalmukhtar berkata…
[syah]

...dah, jangan nak menyamar. Gua pamcitkan jugak tayar GTI lu jugak nanti.