Kisah gua bertemu jelmaan saitan nirrojim.

Sekarang keje gua dah jadi senang sikit sejak ada laptop. Senang 'sikit' la. OK. Laptop second hand jenama kepala kembar cap epal kelabu kena gigit bucu. Itu semua ehsan budiman seorang sahabat dari seberang bernama Juraimi Yusop. Juraimi adalah seorang designer grafik, jadi banyak keje yang dibuatnya menggunakan komputer berkapasiti tinggi.

Nak dijadikan cerita, sebulan lepas dia ada beli laptop baru. Jadi laptop jenama kepala kembar cap epal kelabu dia yang lama tu dia nak tolak kat forum Low Yatt. Gua teringin jugak nak angkat sama itu offer. Hakikatnya, gua masih sengkek. Memang lantai punya muflis, tambah lagi dalam keadaan runcing ekonomi global. Kena pula itu jam Raya nak dekat. Hutang yang ada pun tak lunas lagi. Tapi akhirnya, gua berjaya juga halang langkah dia untuk menolak barang itu ke tangan-tangan manusia yang tidak dikenali. Dari jual kat mana-mana kutu, lagi elok tolak kat gua. Tunduk dia pada hujah bernas gua yang panjang lebar. Runding punya runding, kami capai kata sepakat dan buat perjanjian merah berdarah. Gua guna sistem barter bersulam sistem jualbeli moden. Dia angkat dalam 3 judul komik paling rare dan mahal dalam koleksi KEDAI KOMIK™ gua, lepas tu ansur-ansur duit secara berdikit-dikit. Setel cerita. Licik benar Juraimi Yusop menjalankan urusniaga. Rupanya dia lebih bernas tundukkan gua. Menangis jugak la gua teresak-esak dari dalam batin gua melihat komik-komik bertaraf khazanah itu bertukar tangan. Takpe, pujuk hati gua. Hidup ini kadang-kadang perlukan pengorbanan. Gua bernasib baik Juraimi adalah hantu komik dan sanggup bergolok gadai dan tak makan nasik demi komik rare dan jenis susah nak jumpa dalam eBay. Ikut tafsir nilai harga, gua agak dah boleh beli Macbook kelas lama dah sebijik. Terdesak punya hal. Yang penting gua sudah ada komputer riba sendiri di ribaan gua sekarang. Berabad punya mengidam. Dulu cita-cita aje lebih, menabungnya tidak.

Ni dah masuk sebulan lebih gua berseri-seri dengan laptop baru yang tak berapa baru. Keje jadi lebih cargas dan tuntas. Tak payah gua susah-susahkan diri pegi CC selalu. Fitnah masyarakat pun dapat dikurangkan. Ni semua gara-gara atas kedai CC tu ada pot kedai kuda berinternet. Cilanat punya CC. Tak pasal-pasal gua jadi bahan cercaan orang ramai dan mangsa tuduhan rambang tidak berasas.

Tapi entah mana yang tak kena, semalam gua bertemu masalah dengan laptop keramat itu.

Malam kemarin laptop itu 'hanging', jadi gua paksa dia bersara. Pagi-pagi semalam sebelum gosok gigi gua cuba la bukak balik. Sekali, satu kejadian puaka saitan nirojjim telah terjadi pada menatang alah tersebut. Skrin monitornya bertukar dari melintang yakni horizontal kepada menegak yakni vertical.

Kalau pembawakannya persis tablet PC atau Kindle, mungkin gua akan bahagia. Namun apekejadahnya semua ini? Apa nak jadi? Virus iblis durjana kategori apakah yang telah merasuki laptop penuh berjasa milik gua yang belum abis berbayar itu? Siapakah yang harus dipersalahkan? Apa komen orang ramai di luar sana akan kebangangan ini? Macam-macam kata sumpah seranah bermain di benak medula oblongata gua. Ini tak boleh dibiarkan.

Gua bege-bege mana yang patut. Tekan sana, tekan sini. Tak boleh jugak jalan. Tutup bukak, tutup bukak, takde apa yang berubah. So close no matter how far. Nothing else matter. I dubbed the unforgiven. Kungkangkungkang. Gua tak mudah putus asa. Capai talipon, terus kontek Juraimi. Katanya dia akan kontek balik untuk beri penyelesaian sebab dia pun pernah menghadapi problem yang sama. Dari latar belakang suara dan alunan vokal, nampak sangat tengah kena bebel dengan bos. Sambil-sambil tu, gua cuba-cuba tanya sapa aje yang ada laptop di alam YM. Fairul Nizam beri satu anjuran penyelesaian. Agak tak konvensional tapi semua opsyen harus di ambil kira. Pastu, gua cuba buzz Hafiz Nasir kat Fesbuk. Katanya off laptop balik dan masa dia tengah read masa starting tu, tekan F8 banyak-banyak kali. Dah macam main game arked pula gua rasa.

" ...tak pun kau datang kopitiam kat ss15 ni. Meh sini gua bikin. Bawak duit-duit banyak ". Hafiz Nasir berseloroh ringkas tapi gua macam tawar mood nak respon. Gua nak cepat setel problem masalah kategori saitan nirrojim ni.

Sampai sana Hafiz Nasir tengah sibuk dengan laptop baru dia. Laptop baru lagi. Semua stok sengaja nak bakar perasaan gua dengan laptop-laptop baru yang masih lagi berbau kedai komputer. Tampak tengah giat bekerja secara freehold dari cengkaman majikan. Gua buang segan dan silu gua jauh jauh dan buka laptop jenama kepala kembar cap epal kelabu gua. Tak sampai 5 minit, Hafiz Nasir yang gua harap-harapkan arif tentang hal-hal IT ni, pun turut kecundang. " Apa daaa komputer kau ni slow sangat? Ni macam mana ni anak panah boleh lari ni? Sakit leher kiri aku ni, susah nak teleng kepala ni nak bikin ni? ". Macam-macam alasan tahyul yang takde kena mengena dengan masalah semasa laptop tu dia cuba beri pada gua untuk cover line. Hafiz masih mencuba dan...

Jap. Ada makwe solid aliran amoi sedang lalu di hadapan kami.

Jap... jap.

OK.

Sambung balik.

Hafiz masih mencuba dan terus mencuba. Sambil-sambil tu sempat dia story kat gua pasal projek terbaru. Projek ternakan biawak padi eksotik secara online. Terkedu limpa gua bila dia cakap client yang dia tengah dok maintain website dia tu, beroleh pendapatan dalam belasan ribu sebulan. Gilababi betul. Tapi kena berani. Berani macamana, gua tak boleh dedah. Ini rahasia perniagaan. Rahasia perniagaan kena jaga. Nanti tak kaya-kaya macam Donald Trump atau Kerabat di Raja Emiriah Arab Bersatu. Gua dah lama idam pasang rancangan nak beli Mencester United. Nak suruh bungkus main kat Liga Super.

Juraimi sempat juga call gua balik dalam kalut-kalut tu untuk menyumbang jalan penyelesaian. Ternyata langkah yang diberi sumbang dan songsang. Yang Hafiz bagi gerak arked, yang Juraimi bagi jurus kombo tekan punat macam main konsol permainan video. Masih hampagas.

Last-last, google jugak jadi penyelamat. Setel masalah gua.

Selesai semua, gua bayar harga air suam Hafiz Nasir sebagai upah meng-google dan khidmat bantuan teknikal tadi. Terserempak pula dengan Saipol Anuar dengan makwe dia barangkali on the way keluar. Tak sangka dia dah jadi fan LAXMANA. Baru dua episod.

" ...Wah! Laxmana X !! "
. Bukan Laxmana X, bai. Laxmana sahaja la. Isimnya biar betul.

Salam lebih kurang pastu gua blah.

Itulah dia musibahnya akibat jahil IT dan bagaimana gua betemu jelmaan saitan nirrojim di komputer riba jenama kepala berkembar cap epal kelabu gua.

Bertemu kes runcit macam ni pun mudah panik. Ni baru problem skrin laptop melintang. Kalau dibuatnya problem lebih besar seperti laptop meletup atau bekalan elektrik terputus atau komputer disita kerajaan atau keje tak siap sebab terpaksa buat keje dalam keadaan tengkuk senget... macamana pula? Kan ke lebih tragis itu.

Gua memandu pulang sambil diiringi lagu 'Hanya Padamu' dan 'Lahar Cinta' dendangan kumpulan rock 90an Qiara dan Final List dalam ruangan Arena Rock SinarFM edisi petang kelolaan Linda Onn.

Memang 'rock abis'. Abis rock sampai terkangkang-kangkang telinga gua dalam kereta.

Mission accomplished.

Ulasan

alonk_rebel berkata…
haha... perh.. bro... gaya penceritaan ko memang bezzz!!!
ak tergelak2 baca....
MANTAPP!!! anyway slmt berkenalan... hehe..