Kisah Ali yang emosi, Abu yang gembira, Ahmad yang eksen dan Malam Seri Merah Padam Sepadam-padamnya.

Patutnya time Reina naik ni, MU boleh sumbat dalam 2-3 bijik gol. MU kan handal gol last minit.

Gua paling malas kalau terjebak dengan benda-benda yang takde kena mengena dengan peribadi dan sosioekonomi kehidupan gua. Macam gua ni dah takde benda lain nak buat selain memikirkan masalah orang lain. Lain la kalau memang niat gua nak tolong. Pahala pun ada. Budi pun orang kenang. Silap-silap dapat komisen. Ini dah la benda picis, runcit, ciput. Tahyul pula tu. Contohnya macam malam tadi.

Malam tadi dua ekor kelab anak-anak cap hingus, Liverfool lawan Mengenchesteh United berentap. Ada cubaan beberapa pakatan kedua-dua belah kem kedua kelab tersebut mengheret gua ke lembah yang cukup merepek tersebut. Ini semua angkara kutu bernama Ali dan Abu. Ya, itu memang nama betul dua orang kutu merangkap member kamcing gua sejak dari sekolah rendahan lagi. Memang nama-nama member kamcing gua cukup asas. Ahmad, Ali dan Abu. Cuma Ahmad takde kat sini. Dia kat Sabah. Dah jadi cikgu sekolah tadika cawangan pendalaman. Kerajaan yang hantar. Dia pun takde kena mengena dengan pasukan anak-anak yang berentap malam tadi. Dia penyokong kipas-susah-mati(diehardfan) Kelantan. Impian dia melihat Kelantan masuk World Cup.

Berdozen jugak timbunan sms yang gua kumpul dalam bakul inbox gua menjemput menonton game yang cukup tak best itu. Ikut hati, semua gua reject dan delete dalam sekelip mata. Layan CSI Miami lagi bermanfaat. Belum bukak mesej, tengok nama yang muncul pun gua tau fan Iblis Merah dengan fan kelab burung bangau. Tapi disebabkan Ali dengan Abu punya sms jenis sms cangkuk umpan punya sms, gua terus tak fikir panjang walau takde pun niat gua nak hadap sangat game tu. Venue malam itu adalah terletak dekat kawasan perumahan area Puchong. Atau lebih tepat lagi Puchong Perdana. Area sini airnya murah. Tak macam pot-pot lain yang kononnya happening. Harga air sama macam harga baket ayam Kentaki. Mahal nak mampos. Puchong memang antara pot bolasepak tegar gua selain tempat lain seperti Saujana Putra, Flora Damansara, Puncak Alam dan bandar Amsterdam. Edgar Davids dengan Van Basten memang selalu berharap sungguh-sungguh gua datang, siap taja tiket kapal terbang semata-mata mahu mempelajari skill rembat gol jarak jauh dan keluarkan keeper tanpa bolos dari gua. Memang leceh tapi apa nak buat. Member-member. Lagipun semenjak retire, memang diorang banyak abiskan masa kat rumah dalami ilmu pengetahuan mana yang patut. Maklumlah, masa-masa muda-muda remaja dulu dah kena tendang bola hari-hari. Sampai SPM dengan SRP pun tak sempat ambik.

" Lepas game, kita rentap Winning Eleven sampai Subuh! Gua tak sabar nak tumbangkan lu ", isytihar Ali dalam sms dengan nada angkuh, riak dan takabur.

Gilababi betul. Gua yang tak keje ni pun tau balik nak sambut Subuh. Ni pulak Ali yang keje syarikat logistik milik bumiputra dan Abu yang kerja cetak suratkhabar harian utama negara. Memang Jawa mudah lupa. Nak tak nak, kena pegi jugak. Tak boleh tarik diri. Nanti dituduhnya gua tidak berani dan bacul dalam menyahut cabaran.

Sampai area rumah Abu, orang ramai dah terpekik terlolong macam nampak polong. Walhal game baru tak sampai 5 minit bermula. Rata-rata yang jadi jurumekak adalah penyokong Mengenchesteh United. Abu pula selaku tuan rumah, memang dari dulu taat setia pada Liverfool. Apa yang best sangat team belon getah tu pun, gua tak tau.

First half yang sumpah bapak bosan. Tak macam game semalam yang dipermainkan oleh kelab paling cemerlang nan unggul Liga Perdana Inggeris yakni Chelsea. Disebabkan kesian, dasar simpati, belas ehsan dan mereka cuba mengubat luka gua yang pedih. Akibat tersingkirnya Merah Kuning dari kancah Piala Malaysia dalam usaha memburu piala keempat musim ini, hadiah 5 gol sahaja yang mampu diberikan. OK lah tu. Lena juga tidur gua semalam.

Second half, ada la api sikit gua tengok. Naik turun, naik turun bola, komplen sana komplen sini, gasak sana gasak sini... Pang! Torres sudah sumbat sebijik. Budak-budak Iblis Merah tukar merah padam. Nak hujung-hujung game, Torres keluar. Tukar dengan pemain sakai mana entah. Andy Gray cakap budak ni anak didik Torres. Tak sampai berapa minit... Pang! Telahan Andy Gray memang tepat. Budak kecik macam tu tak reti nak jaga. Dan takkan lengkap game taraf kucar kacir macam ni kalau takde kad merah.

Akhir saingan, Liverfool menghadiahkan Mengenchesteh dua biji telur separuh masuk. Terima kasih la Liverfool sebab sudah bantu sama Chelsea. Memang patut pun mereka diajar oleh Liverfool yang tension-tension semakin liat nak masukkan gol dalam jaring. Semua akibat salah training dengan bola getah cap Port Dickson.

Keputusan perlawanan itu juga telah mengubah prestasi permainan yang berlanjutan di konsol PS2. Tau tadi, baik layan Micro Genius.

Kecewa gua tau tak... kecewa! Kecewa dengan rentak perlawanan yang takde form langsung! Macam-macam alasan. Malam sejuklah, hujan nak turunlah, lupa nak jemur kainlah. Aiii!!! Memang inilah antara punca gua malas nak turun tengok game ni dari awal tadi. Kalah aje emo, kalah aje emo. Ferguson pun dah reti tafakur dah sekarang kalau kalah.

Udah la tu, brader. Bawak-bawak le pegi kerja. Kang lagi 2 minggu lagi, nak lawan gua pulak kat Stamford Bridge. Ha! Yang tu lu boleh emo puas-puas. Sebab itu game memang diperlukan untuk emosi tahap tinggi pada tanah, bak kata Harun Salim Bachik dalam Papadam.

p/s: Cakap pasal Ahmad tadi, Ahmad sekarang sudah cukup pandai berlagak dengan gua semenjak jadi cikgu tadika. Bukan berlagak sebab anak murid dia dah fasih ABC atau lancar 123 tapi dah pandai berlagak eksen gila dengan gua sebab jip Transformer yang baru dia angkat minggu lepas. Ceh! Blah la. Tak luak pun gua. Nanti dah balik Semenanjung siap lu... Gua nak pinjam bawak pegi karaoke kat Summit.

Kereta cikgu tadika zaman sekarang. Ngalahkan pegawai pejabat tanah.
.

Ulasan