Idea tentang bagaimana kita semua ada perkongsian idea yang merbahaya belaka.

Ada bijak pandai pernah berkata: " Kiranya ada idea yang merbahaya di dalam benak itu, usahlah dikongsi semuanya. Sedangkan yang munasabah, yang elok dan yang baik-baik belaka itupun terkadang ada kesangsiannya."

Idea adalah kuasa yang paling unggul sekali yang dapat kita zahirkan ke serata ketika dan kita tidak boleh sewenang-wenang 'melepaskan' mereka tanpa memikirkan tentang kesan dan akibatnya kelak sekiranya ia tidak selamat untuk 'dilepaskan'. Sesetengah idea adalah merbahaya kerana ianya adalah palsu serta bersifat unreal, seperti idea yang mengatakan satu-satu individu itu adalah lebih bagus dari individu yang lain atau bercakap benar itu adalah bersifat monopolistik. Tapi, selalunya juga terjadi bagaimana idea merbahaya ini boleh merebak dan marak begitu pantas dan mendatangkan mudarat yang begitu azab kepada kita semua. Dan ini sudah berlaku dan masih berlaku sejak bertahun malah berkurun abad lamanya. Mungkin itulah sifat manusia bila tidak berfikir tentang apa yang terfikir. Ternyata sudah sampai masanya idea-idea merbahaya dan palsu ini tidak digalak-sebarkan. Idea tentang bagaimana hendak mewujudkan penyebab huru-hara, kacau-bilau, kesengsaraan, kesakitan. Idea tentang bagaimana untuk lebih meyakinkan orang percaya pada perkara yang tidak benar yakni palsu semata. Inilah punca segala bala bahaya idea.

Namun, awas juga pada idea-idea tulen dan benar yang tidak berani untuk dikongsi atau disebarkan. Ibarat api dalam sekam jualah akhirnya nanti.

Gua kerap melihat orang-orang sebegini yang terlalu taksub menggerakkan punca idea-idea mereka sehinggakan mereka tidak rasa sangsi atau segan silu untuk menyebarkannya secara terbuka. Pada gua, keterbukaan menyebarkan idea-idea merbahaya ini adalah dengan sendirinya menjadi lebih, lebih bahaya dari ia hanya dipendam dan disimpan sebelum tiba waktu untuk disebarkan. Gua rasa dalam bahaya di saat menaakul perkara-perkara ini. Logik akal akan senantiasa bertelagah dengan kudrat dalaman.

Gua harap ianya tidak tersebar terlalu jauh.

Ulasan