Pintu hati yang terbuka.

Alhamdulillah.

Dua tiga minggu nak hujung-hujung puasa, ada beberapa siri kejadian yang betul-betul sungguh gua tidak sangka sudah benar-benar terjadi. Ini adalah salah satu di antaranya.

Miracle.

Mati hidup semula pun gua berani kata memang sangat sukar dan kritikal untuk dipercayai hakikat tersebut. Langsung. Tidak tersangka sama sekali.

Gua kenal Nik Nadzru Iskandar bin Dr. Nik Ishak sudah bertahun-tahun. Adi Imran Bin Nazri pula gua dah beberapa kali ukur struktur keutuhan kakinya dan kejituan konkrit alasan-alasannya. Dani Bin Daud modus operandinya walaupun gua tidak tau secara perinci namun sudah cukup lazim rutin harian.

Mungkin Ramadan adalah bulan yang banyak membawa seribu satu rahmah dan kebarakatan. Atau mungkin juga tirai hijab yang sudah sekian lama menyelubungi sahabat-sahabat gua kini tersingkap dengan sendirinya. Dan mungkin mereka hanya ikut gerak hati. 3 hari berturut-turut keajaiban ini berlaku. Gua kelu seribu bahasa. Tidak terungkap dengan kata-kata kejutan yang gua hadapi. Sungguh takjub.


" Faizal, malam ni lu free tak ? "


" Apahal?? "

" ...futsal. Ada berani. "


Hati gua berbunga rasa menguntum sukma.


p/s: Tak pernah-pernah lagi gua tengok skill baru dalam bolasepak seanggun mereka. Gua rekomen lu orang patent kan skill itu. Zulfadhli K. dan J.J Pinto juga wajar ikut jejak bertapak mereka yang gagah ini. Gua berani main pakai baju kurung adik gua kalau lu orang turun.

Ulasan