Perasaan nak nangis bila bersepai mengaji tak betul. Sayu punya story.

.
1989.


Petang kalau balik lambat sikit aje lepas main bola memang kucar-kacir. Gua ingat zaman sekolah rendah lagi action-pack dari zaman sekolah menengah, zaman universiti dengan zaman keje. Apa taknya, pagi bangun level ayam mula warm up nak berkokok. Kalau salah buat perkiraan, satu level dengan orang noreh getah. Pastu pegi sekolah, abis sekolah kemudian balik naik basikal mountain bike legend gua terus tukar baju cepat-cepat, makan nasik laju-laju pastu pecut pegi sekolah agama naik bas uncle. Balik sekolah agama pulak, nak kena layan He-Man atau Thundercat atau Transformers atau Gaban. Kalau ada peluang, Jem dengan Care Bears pun gua belasah. Selesai sesi kartun, kena turun padang main bola. Kasik sihat tubuh badan sikit. Badan cergas, otak pun cerdas pesan iklan Milo dulu kala.

Budak-budak dulu bukannya kira. Main bola tak reti nak bajet time. Kadang-kadang sampai lepas Maghrib pun masih cabar-mencabar. Pintu gol basikal sengetlah, free kick salah tempatlah, throw in silap steplah, curik ayam depan keeper lah. Walhal, gua tak nampak pun pengadil pun sepanjang permainan saban hari. Last-last, banyak bertekak dari main. Gua punya tendang pun jadi tak puas. Stopid dam-dam-idiot-begedek betul.

Balik terus kena ceramah macam biasa. Adik gua jarang kena sebab apa-apa pun, gua yang mesti kena sembur dulu dan jadi mangsa tuduhan rambang punya. Gua kan mastermind. Benda sampai dah lali kena hari-hari. Sampaikan, gua selalu miss Ninja Turtle lepas Maghrib.

Siram badan lebih kurang, capai kain sarung, capai t-shirt, sarung songkok, gua cepat-cepat jogging pegi ngaji rumah ustad Iskandar kat selekoh rumah Juli Sudiro. Selekoh tu kalau malam lepas pukul 10 memang horror. Macam-macam urban legend dan dakyah setan budak-budak story kat gua. Paling popular, hantu susu punya cerita. Ah! Karut, pujuk hati gua dalam keadaan berani-berani kecut. Mana ada hantu susu zaman moden ni. Memandangkan gua antara budak senior yang dah ngaji kat situ dari kecik, gua selalu beri peluang budak-budak baru ngaji dulu. Terutamanya budak-budak pompuan. Ya, gua dari kecik dulu memang gentle pada wanita. Jadi seperti kebiasaannya jugak... gua, Bob, Dasrul, Harmanto(anak Juli Sudiro), Eddy Rozali(arwah), anak Halim, adik gua dan beberapa kutu-kutu lain yang turut gentle itu akan cuba mengisi masa lapang sementara menunggu giliran pengajian di luar rumah ustad Iskandar. Antara siri-siri aktiviti yang dilakukan adalah seperti lumba basikal ala Moto GP(gua selalu chop jadik Eddie Lawson), perang-perang longkang, tikam teka-teki(teka-teki sapa paling bangang dia kalah), cerita-cerita hantu(walaupun banyak cerita temberang dari yang real. Ada ke hantu kucing??) dan lain-lain. Kadang-kadang hari Selasa kitorang main ponteng-ponteng lepak pasar malam kat seksyen 15. Malam Jumaat pula masing-masing berebut nak ngaji awal sebab nak kejar Dunhill Double. Sampai sekarang, mak bapak gua tak dapat tangkap modus operandi gua yang cukup licik ini.

Kadang-kadang tu, kitorang main ngorat-ngorat makwe balik ngaji style Azroy dengan step-step terperinci ala Gila-Gila Remaja. Ada sekali tu kitorang tersalah ngorat anak dara ustad Iskandar. Brengsek punya perangai. Nasib si Fatimah dengan Zainab tak ngadu bapak dia.

Gila happening itu time.

Namun, sudah tentulah tujuan atau objektif sebenar pegi mengaji ke rumah ustad Iskandar adalah untuk ngaji. Takkan nak carik jodoh pula di era lingkungan umur belum berkhatan. Masa ngaji selalunya adalah masa paling saspen sebab ada ketika-ketikanya babak drama swasta akan bermula. Tiba-tiba suasana jadik dramatik dan teatrikal. Ini pernah terjadi kat member gua (gua tak boleh dedah nama. Aib dia nanti). Dalam 3 nisbah 1 kali dia ngaji, mesti nak meleleh. Meleleh air mata, lama-lama meleleh air hingus. Pastu banjir. Kena tengking dengan ustad Iskandar baca Quran bersepai. Gua dengan kutu-kutu lain, apa lagi. Memang pakat gelakkan kuat-kuat bila time abis ngaji. Tapi paling super-tak-best bila kena pulak kat batang hidung gua sendiri. Betul rasa macam jalan tar maruah gua waktu tu. Disebabkan gua hero, meleleh sikit dianggap foul. Gelak punya stok boleh simpan sampai 2-3 minggu.

Alah. Bukannya gua nak nangis sangat. Tapi gua kesian. Asyik si anu tu aje kena marah. Gua nak jugak cover malu dia sekali-sekala. Ye tak? Perasaan nak nangis bila bersepai mengaji tak betul ini sudah menjadi lumrah di kalangan budak-budak baik seperti gua dan si anu itu.

* * *

2009.

Entah apa hal entah, itu hari masa mak gua suruh tadarus lepas sahur berjemaah, dengan sekonyong-konyong... perasaan nak nangis bila bersepai mengaji tak betul tu datang semula setelah sekian lama.

Akan tetapi, nanti dulu. Gua sekarang (hampir-hampir) tidak meleleh lagi.

Sipi. Sipi.

Gua cuma nak taekwondo dua-dua adik gua yang dok dari tadi terkekek-kekek sebelah gua melihat cubaan menahan kelopak bola mata dari pecah berkaca-kaca. Hampas!

Ulasan

azyze gomez berkata…
oh, sweetnyeeeee perenggan last itu!
*gelak gila*
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

manis itu kadang-kadang hempedu buat insan lain... adehh! hempeduuunyeee!!