Kehadiran bakat Johan Bahar aka Joe Komeng memang kena ambik serius.

Dah lama juga gua tidak singgah sahur di Uptown. Dulu, era IPTA gigih juga ke sana melepak-lepak panjang dan cuci mata mana yang patut. Sekarang, kaki-kaki Uptown yang ajak mencekik pun dah tak kaki lagi. Dah insaf barangkali. Uptown sekarang dah kurang 'jiwa' serasa dahulu masa ada pesta mega pasaraya tepi divider stok tawaf seround dua. Kalau ke sana, mesti wajib sama ada pekena Char Kuey Tiaw Tony (bapak angkat Botak), mee tang hoon Jenny atau Chicken Chop Cowboy. Lepas tu, shopping bundle sama jersi cap Golok. Itu time, bawak bawah RM30 macam-macam boleh angkat gua cakap lu.

Dulu la. Dulu. Zaman harga minyak masih mesra rakyat dan wrestling Smackdown tengah top.

Dani Daud awal-awal shafie'e lagi dah booking ajak lepak sana sejak awal hari. Lagi awal dari Koi d'Kachiwa ajak gua lepak burger ss15. Gua on aje asalkan, (a) pick up gua kat rumah dan (b) payung selera gua yang marhaien ni. Gua tak cerewet mutakhir-mutakhir ini tatkala keadaan yang tidak mengizinkan gua cerewet-cerewet sangat. Tapi satu benda yang gua kurang berkenan dengan Dani Daud ni, janji dia mesti ikut waktu negara balkan belah-belah eropah timur, bukannya waktu Malaysia barat. Kata nak datang lepas Tarawikh, dibelasahnya datang waktu-waktu Nightline.

Puasa sekali lagi menguji keimanan dan kesabaran gua.

Sampai sana, gua tak pikir panjang. Mazhab-mazhab menu dah lekat dalam kepala. Cuma tinggal nak order aje. Makan secukup rasa. Ada foul sikit. Kedai yang substitute kedai western Cowboy tu ambik pekerja Bangla. Gua order lain, lain pula yang sampai. Lepas tu main-main pidato keras dengan gua pula. Memang stok muka nak kena tinju.

Puasa. Puasa. Keimanan dan kesabaran gua teruji bertimpa kali ganda dalam satu malam buat kali keduanya.

Gua tidak hanya lepak dengan Dani Daud sahaja. Kesempatan lepak di uptown diserikan lagi dengan kehadiran tiga lagi jejaka yakni jurugunting drama dan filem bertauliah, yang mana kalau gua sebut aje nama itu drama atau filem, satu Semenanjung Malaysia akan tahu. Mereka terdiri dari Johan Bahar aka Joe Komeng, Adlan yang ice-cool bila isap rokok dan Shazwan yang tak isap rokok tapi macho bertocang ala Devid Bekam. Mereka ini jurugunting berprofil tinggi tapi nampak sahaja macam biasa-biasa.

Namun, hightlight malam tadi adalah bukan semata-mata Uptown sudah hilang serinya, Bangla Lanun berpidato, lighter rokok serbaguna, promo cerita saka atau promosi beras cap Jati.

Tetapi bagaimana Johan Bahar aka Joe Komeng sememangnya boleh lebih dari mampu untuk berlakon serta beraksi depan kamera berprestasi tinggi dan sudah patut lama diangkat sebagai superstar industri hiburan tanahair setanding bakat primawara Nasir Bilal Khan dan Jalaludin Hasan.

Malam ini baru gua sedar. Gua betul jadi saksi. Kita tidak tandus bakat lagi!

Gua yakin lu dapat seimbangkan kadar kerja juru-jurugunting di negara ini sekaligus mengoptimumkan waktu tayangan dan tontonan para penggemar filem mahupun drama-drama free on air kita semua. Mungkin juga babak pondan dan rempit akan dilonggarkan sikit oleh kerajaan Malaysia gara-gara kelicikan lakonannya yang ada gaya, mutu, keunggulan.

Ah. Serah saja pada bakat Johan Bahar aka Joe Komeng! Tahulah dia meng-handle-kannya. Tak gitu, Johan Bahar aka Joe Komeng? Harap penerbit dan pengarah tidak 'mematikan' wataknya lagi.

Noktah. Ini hal serius.
.
Keterampilan bakat seni lakon beliau melewati karisma Latip Borgiba di zaman gilang-gemilangnya. Cis! Persis Hail Amir ada juga gua lihat.

Ulasan

luvmax berkata…
i like.......