Lembing Awang Pulang Ke Dayang (LAPD)

Filem epik mengenai satu legenda tragedi cinta berdarah yang mengorbankan 99 orang. Awang mengembara 3 tahun bagi membuktikan kelelakiannya dan menyambut cabaran adat untuk mengahwini Dayang. Tanpa disedarinya, satu kejutan menunggunya di kampung halaman.

Nak tau apa itu kejutan?

Boleh. Boleh pegi SINI atau SINI atau soundtracknya kat SINI untuk pemotong cerita (spoiler) buat yang lebih tau Robin Hood atau Conan dari folklore sendiri.

Hujung Oktober ni tak silap gua tayangan umumnya. Ada babak berkemban. Gua dengar cerita lagi ini filem makan tahun jugak nak siapkan. Puncanya kurang jelas. Yang penting sekarang dah siap. Itu lebih afdal dari tak siap-siap langsung. Lagipun, gua bukan jenis judge cerita base on trailer. Trailer Hollywood yang gegar-gegar tu pun, kadang-kadang bila dah masuk wayang rasa macam nak mintak duit tiket balik nak beli DVD kat kedai Foo Keong. Foo Keong lebih licik jaga perasaan gua dengan PR-nya yang lebih-lebih licik juga. Kambing betul itu hari jual gua Blue Ray copy WATCHMEN 2-disc, balik rumah gua pasang haram takde extra langsung. Hampas harapan gua nak mintak ganti semula. Dah malas nak cerita apa alasan pulak dia kasik kat gua kali ni. Dah la rumit gua nak carik sumber wang ringgit sekarang. Kalau tak, dapat gua guna duit tu buat beli burger Oblong payung kawan-kawan.

LAPD Dibintangi Farid Kamil, Zulhuzaimi, Siti Elizad, Hattan, Khir Rahman, Dato' Mustapha Maarof, Dato Kuswadinata, Datin Rosnani Jamil, Mei Ling, M. Rajoli.

Gua tak kenal sapa Mei Ling. Tapi gua jangka lakonan dia ampuh.

Ulasan

azhar berkata…
musti tonton..

kerna filem ini berdasarkan hikayat dongeng melayu..

tak sabar nak tgk adegan akhir bila Awang mengamuk..
faizalmukhtar berkata…
[azhar]

sabar. sabar. dah nak buka pun ni. tinggal kurang seminggu je puasa. sabar.
ultraman berkata…
" posternya persis sekali dengan lanun2 caribean empunya... "
faizalmukhtar berkata…
[zedda]

...alah engkau ni. Poster Chronos Prophecy dulu macam Pokemon kita tak bising pun.