lawatan mengejut ke tapak bazaar tu.

Hari ini gua telah mengadakan lawatan mengejut ke bazaar Ramadan dekat area rumah gua setelah beberapa tahun tidak ke sana. Lawatan mengejut ini telah diiringi oleh Chef Mustaqim Mat B. yang diimport khas dari negara Teluk dan disusuli pula oleh wakil penjaja beriyani gam Johorian kawasan yang tulen iaitu Mr. Said G.

Mr.Said G. adalah antara old-timer penjaja disitu. Jadi, gua terus sahaja ke gerainya untuk mendapatkan maklumat dan evaluasi terperinci tetang bazaar Ramadan yang tersebut. Ini antara laporan yang gua dapat dari chef Mustaqim Mat B., Mr. Said G dengan tambahan sokongan data susulan dari pakar juadah dan hidangan, chef Abdul Mudzzamir S.

Berikut adalah rumusan kami :
  1. Kebab dan roti John rata-rata rasa macam pelampung plastik budak-budak.
  2. Air tebu spesis air paya. Hampas jiwa raga!
  3. Majlis bandaran punya taktik rancang susunan warung sama macam taktik Mengenchesteh United masa lawan Arsenal itu hari. Bapak pondan punya taktik.
  4. Lauk semua rasa minyak gas.
  5. Char Kue Tiaw gua telan. Tak kunyah. Esok gua nak mintak balik 4 ringgit gua.
  6. Gua baru sedar, kenapa dah 2-3 tahun gua boikot itu bazaar.
  7. Betul buang karan gua berjalan. Baik duk rumah layan Jejak Rasul musim ke-15.
Hanya ada satu kesimpulan yang bersudut positif :

Bazaar masih tempat sedap dan unggul meneroka makwe-makwe rupawan dan gadis-gadis manis yang tidak pernah gua lihat sepanjang gua tidak turun bazaar. Semua juri setuju termasuk juri-juri tambahan.

Justeru, kajian di atas ini tetap kekal benar semenjak bazaar ini dibuka yakni sedari zaman gua sekolah-sekolah dahulu kala. Itu jam gua sampai tak sedar yang gua balik rumah lupa nak beli kuih sampan(tepung pelita) yang adik gua kirim. Ah! Bak sini kuali tu, biar gua masak sendiri.

Ulasan