Kalau gua jadi PM.

Kalau gua jadi PM, gua nak laksanakan perintah mewajibkan semua rakyat yang mempunyai taraf penduduk kewarganegaraan rasmi dan tetap menghantar dan membalas kad raya setiap kali sambutan Aidilfitri. Tidak gua kira dengan apa cara dan kaedah sekalipun.

Penghantaran ucapan raya menggunakan khidmat pesanan ringkas SMS atau MMS, menggunakan khidmat rangkaian sistem sosial atas talian dan apa-apa yang seumpama dengannya akan di-gam serta merta sepanjang Ramdhan dan Syawal. Hukuman keras mandatori akan dikenakan bagi mereka yang degil, keras kepala, malas nak pegi pejabat pos, tak reti jilat setem, jahil tulis ucapan ikhlas, jujur dan penuh rasa insaf pemohon kemaafan sesama insan, tak tau mana nak beli kad raya jenis apa dan buat-buat lupa apa tu kad raya. Hukuman paling ringan atau koman pun, kasut raya korang akan disita yakni dirampas pada malam menjelang raya.

Tiada rayuan mahupun diskaun kompaun akan dilayan. Budi bicara lepas raya boleh setel.


Gua serius.

Kalau gua jadi PM.


OK? Ada apa-apa masalah tentang usul ini?
.

Ulasan