Kalau gua jadi PM (3). Final last kopek.

Kalau gua jadi PM, inisiatif syarat WAJIB TAYANG ini akan gua lancarkan untuk semua program dan rancangan-rancangan TV sepanjang Hari Raya. Ianya bertujuan untuk mengembalikan nostalgia dan menghidupkan semula semangat tontonan program dan rancangan-rancangan TV berkualiti dan penuh citarasa warna-warni sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang mulia, ampun maaf dipinta.

Tiga inisiatif syarat WAJIB TAYANG TV semasa Hari Raya adalah berupa begini :

1. Rancangan pertunjukan sarkis atau sarkas.
2. Rancangan pertunjukan lagak ngeri atau stunt.
3. Rancangan pertunjukan magis atau magic show.

Gua memberi jaminan sekiranya program dan rancangan-rancangan TV yang diatas dikembalikan semula ke slot prima atau waktu-waktu perdana Hari Raya, sudah pastinya kemeriahan berhari raya semasa zaman kanak-kanak akan mekar segar semula dalam diri setiap rakyat terutamanya penyambut-pemyambut dan pera'i-pera'i Hari Raya.

Tidaklah asyik leka dan membuang masa dan tenaga menonton slot nyanyi-nyanyi yang tidak ada kena mengena dengan Hari Raya. Ataupun filem-filem ulangan yang sudah ditayang tahun sudah atau tahun sebelumnya atau tahun-tahun sebelumnya. Ataupun apa-apa sahaja yang tidak setaraf dan sehebat rancangan pertunjukan sarkis, stunt dan magic. Kerana angkatan generasi yang membesar di Hari Raya bersama rancangan sarkis, stunt dan magic sewaktu berhari raya sudah hampir pupus dan kekurangan sekali.

Sebab dulu lepas tengok semua program dan rancangan-rancangan TV yang di atas, kami generasi tesebut akan bikin sarkis, stunt dan magic sendiri di hadapan sanak-saudara dan handai taulan yang datang berkunjung di rumah atau ke rumah yang dikunjungi.

Tidakkah itu satu aktiviti Hari Raya yang cukup muhibbah lagi nan meriah?


Akhir sekali, gua serius.

Kalau gua mahu jadi PM


Ayuh. Harap gerakan dan usul yang bernas pendapat ini mendapat tempat di hati semua.


" Saudara... Fikir-fikirkanlah. "
- Farid Ismeth Emir di hujung berita DUNIA JAM 10

Ulasan

azyze gomez berkata…
yang ini hamba setuju sangat-sangat. kempunan tengok beruang naik bola, beruk naik basikal.

kat malaysia, yang ada cuma beruk naik motor je. Eh salah, tu orang merempit rupanya. Maaf, ralat.
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

gua ingat nak form sarkis jalanan sempena raya ni. Lu minat untuk di rekrut?

Gua kekurangan ahli gimnas pusing-pusing pinggan dan tembikar China.
fndrocka berkata…
wah..aku tak suka lak tgk sarkas..magis pun dah tak berapa suka...kalau aku jadi PM..wajib tayang cerita komedi2 raya dengan lagu raya versi unplugged...hoho

p/s: jom exchange link