Kalau gua jadi PM (2).

Kalau gua jadi PM, gua akan benarkan kembali dan galakkan semula permainan mercun secara terbuka serta berleluasa. Bebas. Merdeka. Freedom. Suka hati. Tiada sekatan. On la berapa banyak lu nak on. Gua takkan tukar itu 'mode' bila ini akta diluluskan kelak. Segala macam jurus dan jenis mercun dibolehkan. Main la sepuas-puasnya. Maka secara otomatis, laras lagu ini kembali juga ke corong-corong radio:


“ Dam-dam-dum, bunyi mercun…

samaraklah Hari Raya ini tahun ”


Setelah sekian lama, lirik yang tertinggal ini akan digazetkan semula ke dalam lagu klasik versi asal nyanyian Saloma tu sepertimana mula-mula dicipta dahulu. Baru terbela nasib pencipta lagu macam P.Ramlee. Tak gitu?


Mercun thunderclap, mercun star traveller, mercun *****, mercun roket, mercun padi, mercun bola, mercun tebuan, mercun katak, mercun lalat, mercun ketam, mercun ayam dan segala macam keluarga dan famili mercun yang berkonsepkan binatang dan unggas akan jadi barangan harga kawal kerana ia sama pentingnya dengan barang-barang hot lain macam gula dan tepung musim-musim nak raya ni.


Meriam buluh pula perlukan lebih masa untuk perubahan injuksi dan perbincangan lebih mendalam lagi akan diadakan dari masa ke semasa untuk membenarkannya. Ianya sama mendalam macam nak tentukan kenaikan harga minyak RON95 dan RON97 bulan lepas.


Sebabnya budak-budak dulu tak sebengap budak zaman sekarang. Gua dulu main elok aje takde putus-putus. Takde ICU-ICU. Stupiddamdamidiotbegedek betul. Main bunga api cap lidi pun boleh cedera.


Kalau ada pun sekatan dan pengharaman, ada satu judul mercun yang akan gua ban dan pangkah buat selama-lamanya dari menjejakkan kakinya ke pusat pemeriksaan imigresen mahupun dari semua arah sempadan negara.


Judul penjenama mercun itu adalah mercun POP POP. Kiranya ada permintaan juga, gua akan kenakan cukai 800%.


Buat taik gigi aje depan laman rumah.



Sekali lagi, gua serius.

Kalau gua jadi PM.


OK. Bagaimanakah?

.

Ulasan