Berita Raya

Berita 1
Banyaknya beza beraya tahun ni dengan tahun lepas. Ahli famili bertambah, bermakna lebih banyak juga rencah.

One of the best raya yet.

Sapa kata budak-budak aje boleh berseronok dan bergumbira-gumbira di hari raya?? Tambah-tambah lagi kalau ada yang tolong suruh wakilkan jadi penyimpan sampul-sampul duit raya yang masih utuh tersemat rapi belum dibuka lagi isi kandungnya.

p/s: Gua paling sendu gila bila TV tunjuk cerita orang-orang tua beraya sorang-sorang, anak yatim mengadu nasib diri pasal raya dan kehilangan-kehilangan mereka yang tersayang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

Berita 2
Mayat lelaki yang ditemui di sebuah kawasan pergunungan di utara Tokyo disahkan sebagai pencipta kartun Crayon Shin-chan, Yoshito Usui yang popular di seluruh dunia. Usui yang berumur 51 tahun didapati hilang pada 11 September lalu selepas dia mendaki gunung Arafune di utara Tokyo tanpa ditemani sesiapa. Mayatnya ditemui pada Sabtu lalu oleh seorang pendaki dan keluarga Usui mengesahkan identiti pencipta watak kartun yang popular itu pada Ahad lalu. Usui yang suka menyendiri sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Menurut laporan polis, punca kematiannya disebabkan oleh terjatuh dan tidak ada petunjuk dia membunuh diri. Usui memberitahu keluarganya di rumahnya di Saitama dekat Tokyo bahawa dia akan mendaki gunung itu dan akan kembali pada waktu malam pada 11 September lalu. Apabila dia tidak muncul di rumah pada waktu yang ditetapkan itu, keluarga Usui membuat laporan polis. Pencipta kartun Crayon Shin-chan itu membuat penampilan pertama dalam industri manga pada 1987. Dia kemudian mengecapi populariti pada tahun 1990-an menerusi kartun Crayon Shin-chan yang menampilkan kehidupan seharian budak lelaki berusia lima tahun, Shinnosuke. Buku kartun Crayon Shin-chan sudah dijual sebanyak 50 juta naskhah di Jepun dan diterjemahkan ke dalam 14 bahasa. Kartun itu turut disiarkan di 30 buah negara. Bagaimanapun, Persatuan Ibu dan Guru di Jepun menyenaraikan kartun itu sebagai penerbitan yang perlu dijauhkan daripada pemandangan kanak-kanak. Tindakan itu dilakukan kerana watak utama dalam kartun itu, Shinnosuke selalu melondehkan seluarnya dan menggoyangkan pinggul semasa bergurau.

Namun, baru-baru ini kartun itu digunakan untuk tujuan pembelajaran di sekolah.



Berita 3
Masih tidak ketemu samperit terbaik untuk dikategorikan samperit terbaik tahun 2009. Moga kenyataan ini dapat dipertimbangkan pada mesyuarat pengusaha dan broker-broker kuih tunjuk seluruh Malaysia. Sekali lagi, ini serius.

Berita 4
Ramai jugak orang tak balik kampung. Gua rasa mungkin faktor masa dan suasana semasa. Orang bandar walaupun sibuk berebut-rebut nak balik kampung dalam keadaan sesak, kucar-kacir, sibuk dan kelam-kabut mana sekalipun tetap akan balik. Tapi ada juga orang-orang yang dah lama duduk kampung yang kini sudah berpindah dan menetap di bandar. Maknanya, dah tak banyak beza kat mana kita semua beraya. Itu pada hemat dan pandangan peribadi gua sajalah.Cuma lebih elok kalau waktu raya, dikosongkan aje kawasan bandaraya supaya semua dapat bermukim di kampung untuk tempoh tertentu. Sana lebih feel orang kata. Lebih soul.

Kerajaan juga harus pantau suasana di hotspot-hotspot sekitar pusat bandar seperti KLCC yang tak ubah macam mini Jakarta atau kotaraya Dhaka.

OPS SIKAP XX tidak semestinya di jalanraya dan lebuhraya berkonsesi sahaja.

Faham tak?

Berita 5
Masalah anak-anak. Shin Chan pun tahu adab. Kita tak mahu masuk campur. Terutama sekali bab-bab game yang menang waktu terlanjur. Inilah bahana jenis pasukan yang tak hormat waktu orang nak beraya.

Ulasan