Wanita dan Kasih: Suatu jalur yang tidak terlerai.

Dalam makna yang lumrah wanita ialah perempuan. Namun persoalannya: Siapakah yang boleh dinamakan sebagai wanita? Adakah gadis sunti dara muda serta siapa sahaja yang selanjutnya daripada itu. Hakikatnya, wanita lebih menjurus kepada perempuan yang sudah cukup matang dan dewasa serta sudah menegtahui kedudukannya dalam memberi peranan kepada dirinya, masyarakatnya dan agamanya. Justeru, itulah wanita yang cukup sifatnya. Yang sejati.

Menurut perspektif Jawa, perkataan 'wanita' diambil daripada bahasa Sanskrit dan seterusnya digunakan dalam bahasa Kawi yang kadangkala dikenali sebagai wujudnya (orang perempuan). Tetapi, apabila perkataan ini digunakan oleh masyarakat Jawa, kata ini telah dikupas secara etimologi iaitu perkataan wanita ialah gabungan dua perkataan 'wani' dan 'ditata' ialah diatur dan 'nata' bermaksud mengatur. Jika dicerna maksud sebaliknya, kita dapati perkataan wanita membawa makna perempuan yang berani dalam menghadapi apa sahaja peraturan yang sudah ditentukan oleh agama dan kepercayaan yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

Sehubungan dengan ini juga, banyak gambaran wanita yang berani mempertahankan haknya sebagaimana yang dipaparkan dalam cerita-cerita seperti Syair Siti Zubaidah dan cerita-cerita panji seperti Hikayat Panji Semerang. Tidak disisihkan pula kisah-kisah sarat moral seperti Rabiatul Adawiyah mahupun Zulaikha. Secara tidak langsung, kebanyakan cerita memaparkan kegigihan wanita yang sanggup berkorban demi kasih kepada orang yang disayangi. Dengan pemaparan serba-sedikit, peranan wanita yang berani mempertahankan haknya amat sesuai dengan dilihat daripada pengertian yang bersangkutan dengan keberanian. Jika ditelusuri dari perspektif Islam, kelahiran Hawa pada dasarnya adalah untuk menjadi teman pendampingan (kanca jejer) kepada lelaki (Adam) dan makhluk insani bernama wanita hanya muncul setelah Adam dijadikan. Dalam pengertian lain, ini menunjukkan wanita lahir lebih kemudian daripada lelaki dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebanyakan wanita bersandar kepada kasih lelaki untuk menjadikan hidupnya lebih bermakna, begitulah jua sebaliknya.

Sebagai sarana untuk terus dikasihi, wanita akan berusaha menampilkan dirinya secantik mungkin agar disenangi oleh pihak yang diharapkan. Tidak menghairankan jika hingga ke zaman sekarang ini pun, ilmu-ilmu yang menjurus kepada pengekalan kecantikan ini masih didambakan. Baik yang asli ataupun saduran.

Cantik luar dan cantik dalam. Cantik rupa dan cantik jiwa.

Ulasan

-syah- berkata…
sebagai kesimpulannya, ko nak ceritakan pasal girlfriend ko la ni, kan jawo?
faizalmukhtar berkata…
[syah]

'kesimpulan'... heh!