Dengan demi kerana ini aku lafazkan Wallahua'lam ( ...Allah jualah yang lebih mengetahui akan sebenar segala-galanya)

.
Kadang-kadang, ada orang yang suka bergantung hidup pada nasib. Dan kadang-kadang pula, ada orang yang TERLALU suka bergantung hidup pada nasib. Ada bezanya disitu. Tapi tidak pada aku kerana aku kurang faham apatah lagi mengerti secara total tehadap konsep nasib. Nasib atau luck ini selalunya datang pada keadaan-keadaan yang tidak kita jangkakan sama sekali. Dari nasib baik atau ke nasib kurang baik yang datang kepada kita semua sehari-harian. Nasib, kismat, suratan, tuah. Sama sahaja maksudnya. Ia bersifat tidak menentu yang berkemungkinan besar kebanyakannya berpunca asal dari sikap manusia itu sendiri. Nasib ini tidaklah tally sama sekali dengan konsep Qada' dan Qadar kerana ia lebih kepada fahaman kepercayaan dan ketentuan daripada Tuhan yang sangat mendalam. Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makhluk yang lemah bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapan-Nya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.

Walaupun begitu, kita masih boleh terusan berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya - Allah mampu mengubah takdir kita biar apapun cabaran dan dugaan dan pancaroba yang mendatang. Bukannya bergantungan nasib ciptaan manusia yang amat rapuh itu.


Dan hari ini, satu keajaiban telah berlaku di atas limpahan rahmat anugerah kurniaan Yang Maha Tahu.

.

Ulasan