a puro dolor.

Pagi-pagi buta tadi henset gua dah memekak menggerakan amaran tanda ada sms masuk. Disebabkan gua hanya dapat tidur selama lebih kurang dua jam sahaja sejak dari malam tadi, gua buat-buat pekak aje merangkap tak berapa nak ambik pot sangat dengan sms tersebut. Gua perlukan tidur yang cukup dan sempurna untuk mengekalkan kesihatan dan kewarasan diri. Baru sedap.

Selang beberapa minit, dia berbunyi lagi. Kali ni bukan sms tapi ada call in.

Ah! Malas gilababi gua nak angkat. Makin lama, makin panjang deringan. Jenis orang yang tak reti give up! Dengan perasaan berat hati, berat mata dan berat tangan... gua jawap jugak.

" Gua dah ada depan rumah. Cepat turun "

Aduhai. Bob rupanya.

Gua dah lama tak jumpa Bob. Baru gua teringat, Bob (atau nama sebenarnya Abu) semalam ada warning gua dia cuti 2 hari. Memang selalu dia cuti Khamis-Jumaat pun. Bob tak macam orang-orang keje pejabat lain. Dia jarang merasa cuti hujung minggu Sabtu-Ahad. Dia keje dengan sebuah syarikat penerbitan dan percetakan suratkhabar Melayu-Pro-Kerajaan nombor satu di Malaysia sebagai supervisor mesincetak. Kuat kederat si Bob ni walaupun badannya kecik. Tak macam kebanyakan Bob yang gua kenal. Seingat gua, dia dari lepas abis SPM dulu pun dah gigih bekerja kat Carrefour. Masa dia keje tu, katanya dia sempat satu bumbung dengan Mawi sebelum dia jadi bintang. Gulung sushi dengan timbang-timbang barang bubuh tanda harga. Tak macam gua, malas. Abis tingkatan 5, hanya lepas satu keje aje. Itupun tak tahan lama. Keje kedai VCD cetak rompak kat Subang Parade. Itu zaman VCD cetak rompak tak berapa haram lagi. Sekarang ni aje yang salah disisi undang-undang.

Tujuan Bob sebenarnya gua dah tau sejak dari semalam lagi. Dia dah lama tak berentap 'Kesebelasan Pemenang' dengan gua. Mesin PS2 dia pun jarang panas 2-3 menjak ni.

OK, hal-hal macam ni kalau negara dilanda perang nuklear sekalipun memang pasti gua tidak sanggup menolaknya. Sarung baju, siap lebih kurang, terus gua naik motor Honda Cawan Bob. Selalunya kalau pegi rumah Bob, gua pandu kereta sendiri. Memandangkan kawasan rumah Bob dekat dengan balai dan tambah pula dengan nisbah 1 bulan : 1 saman yang wujud dalam kuota pemanduan gua dewasa ini, semalam Bob cakap dia rela jemput gua sehening pagi dekat rumah gua demi perjuangan 'Kesebelasan Pemenang'. Budi Bob sebagai sahabat yang cukup akrab sampai bila-bila gua takkan lupa. Dan banyak kali juga gua terhutang budi dan terhutang duit dengan Bob. Ada la jugak dalam beberapa situasi, gua dan Bob banyak belajar erti survival sejak dari kecik sampai la sekarang bersama-sama. Dia banyak berpengalaman dengan gua, di kala susah atau pun di masa derita.

Gua jarang-jarang jadi pembonceng motor. Apatah lagi menunggang motor. Disebabkan si Bob ni adalah seorang bekas jaguh mat rempit masa era puncak dia keje gudang elektronik dulu kat Sunway, jantung gua bolehlah diibaratkan melayang dan bertebaran jatuh hancur berderai melata ke bumi entah ke mana semasa membelah side mirror kereta dan kesesakan lalulintas menuju destinasi yang dihajati tatkala warga kota berpusu-pusu menuju ke tempat keje masing-masing. Bob buat muka selamba rock dia sambil boleh buat-buat tanya, " ...lu Ok tak kat belakang tu? "

Liciknya soalan kau. Nasib sampai. Gua ingatkan dah nak kena puasa kat ICU aje esok lusa.

Disebabkan dia cuti dan gua pula 'cuti' juga, kami mengambil hari ini dengan perlahan dan senang (slow and easy) sebelum pertempuran benar-benar bermula. Kami mulakan dengan acara bersarapan pagi di satu resroran mamak dekat area rumah Bob. Sedang ligat mengunyah roti tampal, Bob bukak cerita. Bob kalau bukak cerita, semua cerita-cerita sensasi yang gua jarang dengar dalam suratkhabar atau saluran warta berita kat TV. Dari kes mati mengejut masa keje, kes mandrem-memandrem, kes roadblock dekat area tol sampailah kes kenapa Mengenchesteh United kena tapau dengan Burnley. Cerita Livefool kalah tak pulak dia bukak mulut. Gua pun takmo usik perkara sensitif tu, kang tak pasal-pasal kena balik rumah jalan kaki. Gua mana tau naik bas area rumah Bob ni.

Kami juga cuba mengelak untuk berbicara kes -kes teknik dan taktikal terbaru yang terwujud dalam liga 'Kesebelasan Pemenang'. Itu sudah menjadi sumpah dan tangkal azimat pemain-pemain. Ada sekali tu, gua bagi tau satu skill maut golkeeper kat satu kutu ni... sampai sekarang dia derhaka tak sudah. Kalau ikut hati, nak aje gua sumpah kutu tu jadi Jalan Tuanku Abdul Rahman di malam hari Raya. Puas hati gua.

Perut terisi dan sessi pun bermula. Dari pagi membawa ke tengahari, berenti makan nasi, rehat kejap-kejap layan History Channel kat Astro lepas tu sambung main balik sambil borak-borak diselangselikan dengan acara carut-mencarut dan segmen kritik-mengkritik yang cukup membakar perasaan.

Hujung saingan, liga Kesebelasan Pemenang dengan Bob pun tamat (setakat ini) dengan keputusan-keptusan yang agak samarata. Bob walaupun dah lama tak tarung dengan gua, sudah masak dan hampir lali dengan corak permainan gua. Cuma gua lagi puas hati bila tengok dia kalah. Alasan dia kadang-kadang tak masuk akal. Usepp pun tak bagi alasan macam mana si Bob kasik.


Sikit masa lagi dia akan keluar. Jangan main gila.

Balik tadi masa hantar gua, Bob ada bagi satu amanat kat gua. Gua tak pernah dengar amanat tu. Amanat tu buat gua pikir panjang sambil longlai berjalan menuju ke kafe siber berdekatan untuk menulis entri ini.


P/S : Bob sekarang ada duduk kat satu area Puchong dengan bini dengan anak ponmpuan dia yang baru lahir. Dia masih tak heran keje gua yang konon-konon glamer tu. Katanya, glamer macamana pun, esok lusa suratkhabar tu orang recycle jugak bikin paper lama.

Ulasan

sya berkata…
setakat bob watpe? pengenan long-range aku la cibs!
faizalmukhtar berkata…
[sya]

lu tak kenal Bob macamana gua kenal dia. Sekali kena Kops dia, selamanya lu akan kuarantin diri lu sendiri kat dapur.