Penyakit.

Penyakit macam jenis penyakit. Ada penyakit yang boleh diubat dan dicari penawarnya. Ada jenis penyakit pula yang sengaja dicari dan diundang musibahnya. Penyakit datang dan pergi. Penyakit muncul dan hilang. Penyakit biasa, penyakit luarbiasa. Kata akarnya tetap 'sakit' kira dibuang sisip imbuhan. Katanya juga, penyakit pembuang durja-durja dosa.

Punca penyakit dan sebab penyakit berbagai rupa, bentuk dan cara. Yang pantas, yang perlahan dan yang sederhana. Kadang-kadang, dalam keadaan yang tidak disangka-sangka - datang penyakit yang tidaklah terasa 'sakit'nya. Sedap. Penyakit yang sedap. Menyenangkan. Menyegarkan. Menyelesakan. Tidak langsung mendatangkan mudarat dan azab. Namun apakah ini juga layak digelar penyakit?

Tepuk dada, tanyalah selera. Tapi jangan tepuk dada kuat sangat. Jangan bertanya-tanya yang bukan-bukan pada selera. Kerana itu adalah sumber utama penyakit yang sebenar.

Ulasan