ini ending credit semalam.

.
* Kalaulah ada ending credit untuk cerita gua sehari suntuk sepanjang Sabtu semalam, ini adalah credit roll penghargaan mengikut kronogikal order :


Terima kasih dan syabas gua ucapkan buat brader polis trafik sebab pagi-pagi buta dah buat road block, saman gua lagi, siri ceramah trafik dan menyumbangkan kepada pengurangan defisit kewangan gua untuk ke konsert rock.

Terima kasih dan syabas gua ucapkan buat saudara Lobak dan pasangannya Pizah kerana menaja wang saku yang berkadaran dengan harga komik yang di-ordernya satu bulan nan lepas untuk ke konsert rock.

Terima kasih dan syabas gua ucapkan buat saudara Jimi dan pasangannya Amoi kerana menaja makan malam ala Jepun sebelum acara konsert rock, termasuk penajaan transportasi sekali ke sana.

Terima kasih dan syabas gua ucapkan buat saudara Kah-Lel dan pasangannya Nana kerana menaja tiket konsert rock yang berbaloi-baloi-betul itu termasuk penajaan transportasi sekali untuk pulang.


Akhir sekali, terima kasih dan syabas gua ucapkan buat saudara Nazim Masnawi tanpa pasangannya kerana berani tegur gua untuk buat perubahan sedikit dan menyedarkan diri dari terus berlarutan hanyut dengan kepompong syok sendiri dalam arena blogging.


p/s: Minta maaf pada yang menelefon sewaktu konsert rock berlangsung. Gua tak berapa perasan nak angkat. Tengah hadam feel dan suasana. Malam ni kita ke akademi karaok, Koi Disiac!

Ulasan

lobakoren berkata…
ooo pg konsert. Sbb lu, gua x dpt pg konsert tu. Tinggal dgr crita kwn2 gua je, ciss
faizalmukhtar berkata…
[lobakoren]

Ooo... coba-coba bermain blame game sekali lagi.