Goal! 3 : Mengambil Atas Dunia (skrin hijau)

Ni kalau adik gua tak sound itu hari, memang sampai ke sudah gua taktau pun ceritanya dah keluar. Unfortunate sekali, ia adalah DVD release dan tidak akan ditayangkan di pawagam seperti dua filem sebelumnya. Gua dah layan se-round. Tiba-tiba rasa nak call budak-budak turun padang sekarang jugak main bola dari pagi sampai malam. Tak boleh tangguh lagi. Esok lusa tak boleh, bulan Ramadan. Yang nyatanya bukan sebab gua motivasi atau terasa inspirasi bolasepak. Tapi, lebih ke arah lepas geram. Gua cuba untuk tidak mencarut.

Gua takkan review atau komen kalau lu orang belum BERANI tengok lagi. Berani tengok? Ha??! Beranii??!!! Berani ke?? Chaisss!!!

Ulasan

-syah- berkata…
aku dah beli 2 minggu lepas. tp blom tgk lagi. tertinggal kat muar. by the looks from the cover of the dvd, something looks strange. the hero got hair!
faizalmukhtar berkata…
[syah]

bulu rambut aje yang lu perasan?! Berani lu bikin review berdasarkan cover kotak DVD sahaja?? Manusia spesis apa kau ni!